izack1981
Legendary Member

- Messages
- 10,374
Paid Membership
- Joined
- Feb 15, 2007
- Messages
- 10,374
- Reaction score
- 61
- Points
- 120
KEADAAN lori yang terbabit nahas di Jalan Teluk Intan-Sitiawan, awal pagi semalam.
TELUK INTAN: Empat terbunuh manakala seorang parah dalam kemalangan membabitkan sebuah lori dan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di Kilometer 48 Jalan Teluk Intan-Sitiawan, dekat sini awal pagi semalam.
Mangsa yang maut dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi itu ialah pemandu MPV, Boon Giat @ Koo Boon Giat, 55, dan isterinya, Ching Ing Hong, 48; Lim Kok Lin, 52, dan Tan Seng Beng, 55, semua dari Johor Bahru.
Pasangan berkenaan serta dua mangsa lain yang mempunyai ikatan kekeluargaan dalam perjalanan menaiki MPV terbabit untuk mendapatkan rawatan perubatan tradisional di Lumut, Perak.
Pemandu lori, Johari Che Salleh, 20, berasal dari Prai, Pulau Pinang, cedera parah dan keadaannya dilaporkan kritikal di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Teluk Intan.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang, berkata pasangan suami isteri dari Taman Bukit Kempas serta Ching dari Taman Johor Jaya dan Lim dari Taman Perling, mati di tempat kejadian.
KEADAAN kenderaan pelbagai guna yang remuk teruk dirempuh lori dalam nahas di Jalan Teluk Intan Sitiawan, pagi semalam.
"Kemalangan dipercayai berlaku ketika lori membawa muatan kotak kosong dipandu Johari dari arah Sitiawan ke Teluk Intan hilang kawalan lalu terbabas ke laluan bertentangan dan merempuh MPV dinaiki mangsa," katanya, di sini semalam.Katanya, pemandu lori yang parah di bahagian kepala dan badan tersepit di tempat duduknya sebelum berjaya dikeluarkan dan dihantar ke HTI, manakala mayat keempat-empat mangsa turut dihantar ke hospital sama untuk bedah siasat.
Sementara itu, adik kepada Ing Hong, Ching Goh Mooi, berkata kakaknya bersama tiga mangsa lain dalam perjalanan ke Lumut, Perak untuk mendapatkan rawatan perubatan tradisional.
"Kami sekeluarga tidak menyangka akan kehilangan ahli keluarga hanya sehari selepas menyambut perayaan Chap Goh Mei," katanya.
Last edited: