BTC USD 65,617.5 Gold USD 4,434.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

4 lelaki warga asing diburu polis

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg

Mior Faridalatrash Wahid​

PULAU PINANG 23 Ogos - Polis sedang memburu empat lelaki warga asing yang dipercayai terlibat dengan beberapa kes pecah rumah dan samun di sekitar negeri ini sejak seminggu lalu.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalatrash Wahid berkata, kumpulan lelaki warga asing terbabit dipercayai aktif dalam aktiviti jenayah dengan menjadikan kawasan perumahan mewah sebagai sasaran.

Menurut beliau, minggu lalu sahaja tiga kes pecah rumah dilaporkan berlaku dan disyaki didalangi kumpulan penjenayah warga asing berkenaan memandangkan hasil siasatan mendapati modus operandi sama digunakan dalam ketiga-tiga kes terbabit.

“Mereka bertindak mengikat semua penghuni dalam rumah dimasuki sebelum melarikan pelbagai barangan berharga.

“Namun jika rumah yang ingin dipecah masuk itu terdapat haiwan peliharaan seperti anjing, mereka akan memberi racun kepada haiwan terbabit bagi membunuhnya terlebih dahulu,” katanya kepada pemberita di sini malam semalam.

Sebelum ini, akhbar melaporkan tiga penjenayah bertindak meracun anjing peliharaan pemilik sebuah banglo di Tingkat Bukit Jambul di sini, sebelum memecah masuk ke rumah berkenaan minggu lalu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3 pagi itu, pemilik banglo terbabit yang berusia 43 tahun bersama isteri dan ahli keluarganya diikat serta diugut dengan senjata tajam supaya menyerahkan barangan berharga yang dimiliki.

Mior Faridalatrash menambah, pihaknya telah menggerakkan Op Rantau Khas bagi mengesan kumpulan penjenayah warga asing terbabit dan semua kes pecah rumah yang dilaporkan disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.
 
Back
Top
Log in Register