TXT
CG Super Hardcore Club






- Messages
- 459,502
Paid Membership
- Joined
- Mar 15, 2010
- Messages
- 459,502
- Reaction score
- 38,197
- Points
- 2,836
SERDANG – Papan iklan yang memaparkan promosi tudung berjenama terkenal antara empat struktur iklan jenis ‘unipole’ yang diroboh Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dalam operasi dijalankan di Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban, lewat malam kelmarin
Pengarah Jabatan Pelesenan MPSJ, Azfarizal Abdul Rashid berkata, majlis sudah mengeluarkan notis amaran kepada pemilik iklan dan memberi tempoh mencukupi, namun arahan gagal dipatuhi
Menurutnya, operasi kelmarin susulan tindakan penguatkuasaan dijalankan pihaknya terhadap papan iklan yang didirikan di kawasan awam tanpa kebenaran pihak berkuasa tempatan (PBT) itu sejak seminggu lalu
Pihaknya sebelum ini mengenalpasti 57 struktur papan iklan termasuk 39 papan iklan jenis ‘billboard’ dan 18 papan iklan jenis ‘unipole’ yang didirikan di sepanjang lebuh raya itu tidak mendapat kebenaran pihaknya
Beliau berkata, pemilik iklan bukan sahaja tidak mempunyai lesen iklan, malah tidak mendapat kelulusan struktur dan kebenaran penggunaan tapak
Lebih dikesalkan, tahap keselamatan struktur didirikan diragui kerana tidak mempunyai kelulusan aspek penempatan, malah visual yang dipaparkan kepada orang ramai tidak mematuhi piawaian MPSJ
“Malam ini (kelmarin) pihak majlis turunkan empat iklan jenis ‘unipole’ dan robohkan struktur didirikan, pemilik turut dikenakan kompaun,” katanya tindakan penguatkuasaan diambil di bawah Undang–Undang Kecil Iklan (MPSJ) 2007
Katanya, pemilik berdepan kompaun tidak lebih RM2,000 dan kos perobohan iklan ditanggung pihak tersebut
Azfarizal berkata, operasi bersepadu MPSJ yang dimulakan sejak 25 April lalu berjaya merobohkan sebanyak 10 struktur iklan jenis ‘billboard’, baki selebihnya 29 lagi diturunkan sendiri oleh pemilik
Menurutnya, sehingga April sebanyak 185 kompaun dan 67 notis amaran dikeluarkan kepada pemilik iklan tanpa kebenaran di kawasan MPSJ
Justeru, pihaknya memberi amaran kepada pengiklan supaya memohon kebenaran kepada pihak PBT terlebih dahulu