eboss
CG Hardcore

- Messages
- 85,652
Paid Membership
- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,652
- Reaction score
- 1,896
- Points
- 591
RAWALPINDI - Dua penyerang berani mati menyerbu sebuah masjid dekat dengan ibu pejabat tentera Pakistan di sini sebelum meletupkan diri mereka sendiri menyebabkan 35 orang terbunuh.
Insiden berdarah itu berlaku apabila dua lelaki bersenjata memasuki kawasan masjid sebelum melepaskan tembakan dan melemparkan bom tangan semasa solat Jumaat.
Dua jam selepas serangan itu, bunyi tembakan masih kedengaran sekali-sekala di kawasan tentera yang dikawal ketat di sini, 222 kilometer dari ibu negara Islamabad.
Wartawan dilarang daripada menghampiri tempat kejadian namun tiga buah helikopter dilihat berlegar-legar di udara manakala trak-trak pasukan komando memasuki kawasan itu.
Beberapa buah ambulans kemudian bergerak di kawasan tersebut yang dikepung oleh pasukan keselamatan dan pihak tentera mengawal orang ramai dengan mendekati tempat serangan.
Ia merupakan serangan ketiga dalam masa dua bulan di bandar ini yang popular di kalangan tentera Pakistan, kata seorang pegawai polis, Yasir Nawaz.
Jurucakap tentera, Mejar Jeneral Athar Abbas berkata, penyerang itu terdiri daripada lebih daripada dua orang tetapi dia enggan mengulas lanjut namun mengesahkan sebanyak 70 orang lain mengalami kecederaan. - AP