ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
MULAI esok, harga kad prabayar akan kembali kepada harga asal, sama seperti sebelum pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada 1 April lalu. Diharapkan keputusan itu muktamad dan tidak timbul lagi sebarang kenyataan yang boleh mengelirukan para pengguna. Dalam hal ini, Awang amat mengalu-ngalukan ketegasan kenyataan Ketua Pengarah Kastam, Datuk Seri Khazali Ahmad semalam. Beliau sendiri telah mengarahkan kesemua empat syarikat telekomunikasi untuk mengekalkan harga asal berdasarkan kepada konsep ‘tax inclusive’ atau termasuk cukai perkhidmatan di bawah Akta Cukai Perkhidmatan (SST) sebelum ini.
Awang amat berharap syarikat telekomunikasi yang terlibat akur dengan arahan tersebut. Tidak perlu mencari alasan sama ada kad prabayar itu stok baharu atau stok lama. Seperti yang kita tahu, kad prabayar merupakan keperluan kepada masyarakat khususnya golongan muda atau pelajar. Sudah tentu caj 6 peratus yang dikenakan terhadap pelanggan kad prabayar merupakan satu bebanan.
Pengguna lebih selesa membeli kad prabayar pada harga yang ditetapkan seperti sebelum 1 April lalu, contohnya RM5 atau RM10 tanpa caj tambahan. Mereka sukar menerima alasan syarikat telekomunikasi yang bersetuju menambah masa berbual dan khidmat pesanan ringkas (SMS) apabila kadar 6 peratus dikenakan. Dalam erti kata lain, pengguna mahu harga lama bukannya `nilai tambah’ dalam kad itu. Syarikat telekomunikasi harus memahami kehendak pengguna dan pihak kerajaan pula perlu bersedia menerima pandangan rakyat.
Awang - Lega