pada kawan-kawan yang mahir 3000pips seminggu, maila thread kawan ni, almaklumla, kawan masih mengkaji...keh keh
http://carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=165977
Methode basket ni dibahaskan panjang lebar di thread 1000 dan 3000pips.Segala related tools semua ada kat sana.Positif correlation,negative correlation...apa pair2 yang terlibat,currency block,tandem dan sebagainya.Boleh ushar tengok kat thread masta LukPayat..tapi dah panjang berjela laa..lebam nak starting dari 1st page.
Kalau Tuan nak bukak thread pasal basket dan correlation ni,saya suka untuk melihat satu perubahan atau pembaharuan dari teknik basket di 1000 dan 3000pips.Tuan kena siapkan tools dan data dari tarikh belakang2 untuk buat testing berdasarkan macam mana Tuan faham mengikut kaedah Tuan dalam menentukan correlation antara pair.
Sesuatu pair yg +ve correlation boleh jugak menjadi -ve pada masa masa yang tertentu.Methode correlstion dan basket nih melibatkan gabungan FA dan TA..secara TA macam nih formula dia,tapi bila ada kekuatan dari FA,TA juga boleh berubah secara kita sedar atau tidak ianya sedang atau telah terjadi.
Dan disini dia akan menemukan persolan yg terpenting iaitu ENTRY dan TIMING.Apa decision ENTRY,bila TIMING nya,berapa lama TIMING nya.Kita melihat market secara overall,apa yang sedang berlaku,apa yang sedang menguat,apa yang sedang melemah,penyebab2 kenapa terjadi kekuatan dan kelemahan itu,berapa lama TIMINGnya.Memang akan ada banyak persoalan yg perlu diambil kira..Ada hari2 yg kita boleh trade basket berdasarkan TA kita dan ada hari2 yang akan terjadinya FA menyebabkan TA kita akan huru hara.Kita mencari sebab kenapa pada masa itu TA akan akan masaalah dengan sentimen FA
Ada orang telah semakin advance dengan menggabungkan fahaman forex ni dgn fahaman intermarket seperti bond,comodities dan lain2 untuk melihat kaitan tools instrumen keewangan dunia ini dijalankan dan kaitan antara satu sama lain dalam menentukan hala tuju basket dan correlation forex..Agak complicated sebenarnya benda nih..Tapi aku tak kata ianya terlalu susah untuk difahami cuma perlukan extradinory thinking untuk jadikannya simple untuk cari jawapan kepada apa yg sedang terjadi dan bakal terjadi dalam forex untuk menentukan Timing dan ENTRY kita.Ada banyak kupasan2 menarik telah dibahaskan sebelum ini dalam thread 1000 dan 3000.
Jadi bila Tuan nak bukak thread baru pasal teknik basket dan correlation nih Tuan kena ada satu evolution dan pembaharuan dari teknik basket sebelumnya dan saya sangat suka untuk melihat bagaimana perkara ini akan dibangunkan.Tetapi kalau still same dengan apa yg telah ada di 1000 dan 3000pips saya rasa better Tuan stick dengan apa yg telah diceritakan oleh LukPayat sebelum ini.
Btw Tuan boleh teruskan revealed foundingnya kat dalam nih dan kita boleh tengok apa pembahruan dan Evolution BARU yg bakal terhasil kat dalam ni...:-?