BTC USD 60,698.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

300 bakal hilang pendapatan?

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
PULAU PINANG 5 Sept. – Kira-kira 300 pekerja dan peniaga di Pusat Konvensyen Antarabangsa Pulau Pinang (PISA) di sini, bakal menerima kesan negatif daripada projek pembinaan pusat konvensyen dan pameran antarabangsa bawah tanah dikenali sebagai SPICE.

Pengerusi Gerakan Negeri, Datuk Dr. Teng Hock Nan berkata, para peniaga yang beroperasi di PISA dipercayai telah menerima surat yang mahu menamatkan kontrak penyewaan mereka di pusat tersebut.

“Saya khuatir dengan masa depan 300 pekerja terlibat, termasuk pekerja pembersihan dan pengawal keselamatan yang berkemungkinan besar dipecat kerana kedai akan ditutup apabila kerja-kerja pembinaan SPICE bermula.

“Sehubungan itu, saya mendesak Kerajaan DAP Pulau Pinang memberikan penjelasan dan penyelesaian untuk golongan tersebut supaya masa depan pekerja dan peniaga terlibat tidak terjejas,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menghadiri Persidangan Perwakilan Gerakan Bahagian Bayan Baru di sini, semalam.

Dalam pada itu, Hock Nan juga mendesak kerajaan negeri memberi penjelasan kepada penduduk di negeri ini mengenai perjanjian untuk melaksanakan SPICE dan nama syarikat yang terlibat.

Menurutnya, pemaju yang bertanggungjawab dalam projek berkenaan juga bakal menerima hasil luar biasa iaitu RM530 juta dan dibenar membangunkan 1,500 unit tambahan dalam setiap projeknya di negeri ini.

“Kerajaan negeri didakwa menyalahguna kuasa dan melanggar undang-undang sedia ada sekiranya membenarkan pemaju yang bertanggungjawab membina 1,500 unit tambahan dalam setiap projek mereka.

“Oleh itu, projek SPICE juga boleh dianggap tidak sah kerana ia bercanggah dengan undang-undang yang ditetapkan iaitu Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172), Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) serta Dasar-Dasar dan Garis Panduan (Jabatan Perancangan Pembangunan),” katanya.

SPICE yang menelan kos RM300 juta akan dibina di atas tapak PISA.

Projek tersebut termasuk membaik pulih dan menaik taraf PISA dan Pusat Akuatik.
 
Back
Top
Log in Register