BTC USD 65,617.5 Gold USD 4,434.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

30 sukarelawan dicari

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpeg

Rara (dua, kanan) bersama Wanita DAP Perak yang akan turut serta dalam misi Impian Kelantan.​

IPOH - Sebanyak 30 sukarelawan di Perak disasarkan untuk bersama-sama menjayakan misi Impian Kelantan di Kampung Pasir Tumboh, Gua Musang 29 hingga 31 Mei ini.

Penyelaras Impian Kelantan, Rara Othman berkata, kampung berkenaan adalah kampung angkat DAP sejak awal tahun lagi dan pelbagai bantuan disalurkan kepada penduduk terutama membina semula dan membaiki rumah di kampung berkenaan yang rosak akibat banjir tahun lalu.

Menurutnya, setiap minggu mereka akan menghantar sukarelawan untuk membuat kerja-kerja tersebut malah 24 rumah baharu sudah disiapkan dan 35 rumah dibaik pulih.

"Kita harapkan semuanya akan selesai sebelum Ramadan. Untuk misi kali ini kita akan mengecat rumah-rumah mangsa banjir.

"Dengan adanya bantuan ini, sekurang-kurangnya dapat membantu meringankan beban mereka selepas banjir teruk yang melanda pantai timur tahun lalu," katanya ketika sidang media di Pejabat DAP Perak semalam.

Hadir sama, Adun Menglembu yang juga Ketua Wanita DAP Perak, Lim Pek Har.

Beliau berkata, pihaknya mengharapkan ramai sukarelawan dari Perak untuk mengecat 59 rumah.

"Lebih ramai sukarelawan lebih cepat kerja-kerja mengecat rumah ini siap. Kita akan lakukan semuanya sehingga 7 Jun.

"Bagi yang berminat mereka diminta membayar RM70 untuk makanan, insurans dan pengangkutan manakala penginapan disediakan.

"Sementara tarikh tutup penyertaan adalah pada 25 Mei ini," katanya.
 
Back
Top
Log in Register