izack1981
Legendary Member

- Messages
- 10,374
Paid Membership
- Joined
- Feb 15, 2007
- Messages
- 10,374
- Reaction score
- 61
- Points
- 120
SEBUAH kereta yang terbabit dalam kemalangan di susur Jalan Lingkaran Tengah 2 (MMR2) menghala ke Sungai Besi dan Seri Kembangan, semalam. Jalan licin dan berminyak di MRR2,susur keluar ke Sg Besi.
KUALA LUMPUR: Permukaan jalan licin akibat tumpahan minyak yang tidak diketahui puncanya menyebabkan kira-kira 30 kenderaan terbabit dalam kemalangan di ibu negara, semalam.
Kejadian itu berlaku kira-kira jam 3.30 petang di susur Jalan Lingkaran Tengah 2 (MMR2) menghala ke Sungai Besi dan Seri Kembangan.
Tumpahan minyak itu dikesan bermula dari MRR2 yang kemudian mengalir ke selekoh agak curam di sepanjang selekoh laluan berkenaan.
Difahamkan kemalangan itu berlaku berturut-turut dalam tempoh kira-kira sejam membabitkan 20 motosikal, yang tergelincir dan terbalik menyebabkan semua penunggang cedera.
Lebih memburukkan lagi keadaan, semua motosikal yang terbabit dalam kemalangan itu dirempuh 10 kereta yang kebetulan melalui jalan itu.
Seorang mangsa, Mohd Fazli Ismail cedera parah apabila bahu dan tangan kanannya dipercayai patah selepas terjatuh dan dihempap motosikal miliknya.
Dia dihantar ke Hospital Serdang untuk mendapat rawatan lanjut.
Unit Kecemasan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tiba di lokasi kejadian 15 minit kemudian dan laluan itu terpaksa ditutup hampir setengah jam bagi kerja menabur serbuk kayu di atas jalan itu untuk mengurangkan kesan tumpahan minyak terbabit.
P/s: Ada org sengaja siram minyak situ kot..Eksiden depa mai tarik..Nak carik untung senang kot..:-?:-?