BTC USD 60,783.6 Gold USD 4,369.75
Time now: Jun 1, 12:00 AM

3 suspek dikehendaki polis

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
SEREMBAN: Dua beradik lelaki antara tiga suspek dikehendaki polis Daerah Jempol bagi membantu siasatan berhubung kematian seorang lelaki yang mayatnya ditemui dengan kesan lebam di kepala dan badan pada 5 Oktober lalu.

Tiga lelaki terbabit ialah Faizal Jalil, 24, dan adiknya, Saiful,19, yang kedua-duanya berasal dari No 19, Kampung Sungai Sampo Bandar Seri Jempol serta Hijam Waseh, 21, dari No 55 Kampung Sungai Sampo Jempol.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Mohd Sabri Muhamad, berkata ketiga-tiga lelaki berkenaan dipercayai boleh membantu siasatan.

“Polis masih melakukan gerakan bagi mengesan ketiga-tiga lelaki ini yang dipercayai boleh membantu siasatan kes kematian mangsa.

“Selain itu usaha mengesan individu lain yang dipercayai terbabit bagi membolehkan kes ini diselesaikan juga sedang dilakukan,” katanya.

Pada 5 Oktober lalu, polis menemui mayat seorang lelaki dengan kesan lebam di kepala dan badan di padang bola berhampiran sebuah sekolah di Sungai Sempo, Jempol, pada kira-kira jam 8 pagi.

Mohd Sabri berkata, polis memerlukan kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat supaya tampil membantu siasatan dan kes itu yang disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membunuh.

“Mereka yang ada maklumat boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jempol di talian 06-4544999 atau balai polis berhampiran,” katanya.
 
Back
Top
Log in Register