TXT
CG Super Hardcore Club






- Messages
- 459,502
Paid Membership
- Joined
- Mar 15, 2010
- Messages
- 459,502
- Reaction score
- 38,198
- Points
- 2,836
SERIAN: Keseronokan tiga remaja mandi di Air Terjun Ranchan di sini, hampir bertukar tragedi apabila mereka terperangkap di air di tengah kolam takungan air terjun berkenaan, petang tadi
Kejadian kira-kira jam 4.50 petang itu disebabkan arus deras yang tiba-tiba datang dari kawasan hulu air terjun itu, dipercayai akibat hujan lebat awal pagi tadi
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak, Nor Hisham Mohamad, berkata sepasukan enam anggota dari Balai Bomba Serian diketuai PBK II Rosman Sarin bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan pada jam 4.54 petang
Beliau berkata, setibanya di lokasi didapati tiga remaja terbabit berpaut pada pagar besi di tengah kolam takungan air terjun berkenaan
"Anggota kami melaksanakan penyelamatan menggunakan tali dan berjaya mengeluarkan semua remaja itu pada jam 6 petang. Mereka tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya ketika dihubungi sebentar tadi
Beliau berkata, tiga remaja terbabit dikenali sebagai Awang Sukriy, 17 serta Yusri Yusuf dan Mohamad Raihan, kedua-duanya berusia 19 tahun