BTC USD 75,848.5 Gold USD 4,349.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

3 Platform Microsoft Untuk Anda Belajar & Tambah Kemahiran

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,560
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,560
Reaction score
7,740
Points
916
Microsoft Malaysia sedia menyasarkan untuk membantu rakyat tempatan meningkatkan kemahiran dan bersedia menyertai era ekonomi digital. Menariknya, selain daripada kerjasama dengan pelbagai pihak di Malaysia, Microsoft turut menyediakan platform pembelajaran secara atas-talian untuk memudahkan proses pembelajaran. Dikongsikan oleh K Raman, Pengarah Urusan Microsoft Malaysia, tiga platform berkenaan adalah Microsoft Learn, LinkedIn Learning, dan juga GitHub Learning Lab.

Microsoft Learn

Microsoft-Learn-950x535.jpg.webp

Microsoft Learn merupakan platform pembelajaran yang memfokuskan kepada produk-produk Microsoft. Antaranya adalah termasuk meliputi berkaitan perkomputeran awan Azure, .NET, Dynamics 365, Microsoft Graph, Visual Studio dan sebagainya. Pembelajaran disediakan dalam bentuk bertulis, selain Microsoft turut menyediakan Learn TV untuk dalam video.

LinkedIn Learning

LinkedIn-Learning-950x535.jpg.webp

Berbeza dengan Microsoft Learn yang lebih memfokuskan kepada teknikal, LinkedIn Learning meliputi menyeluruh dalam membantu kerjaya anda. Dibawahnya, ia disediakan sejumlah pembelajaran menarik yang boleh meningkatkan kemahiran pengguna. LinkedIn Learning ditawarkan percuma untuk bulan pertama, selain versi berbayar yang ditawarkan pada harga RM123.58 sebulan. LinkedIn Learning juga turut menyertakan sejumlah sesi langsung bersama pakar seluruh dunia untuk memudahkan anda bertanya soalan dan sebagainya.

GitHub Learning Lab

GitHub-Learning-950x535.jpg.webp

GitHub Learning Lab adalah salah satu kaedah menarik untuk pembelajaran, dengan menyelesaikan sejumlah tekaria, selain kaedah pembelajaran interaktif untuk menyelesaikan beberapa projek. GitHub Learning Lab ini dijayakan dengan penggunaan bot khusus untuk memudahkan pembelajaran. Topik pembelajaran meliputi penggunaan GitHub, pembangunan program sumber terbuka, pembangunan, pengaturcaraan dan sebagainya. Bagi anda yang berminat, boleh mencuba perkhidmatan yang disediakan oleh Microsoft ini dalam terus menambah-baik kemahiran anda setiap hari.​
 
Pelajar Sekolah Belasan Tahun Mulakan Khidmat Edagang Jual Makanan - Kini Duta Microsoft

Disebabkan oleh pandemik, ramai yang tidak boleh bergerak keluar, selain perlu menghabiskan masa yang lama dihadapan kaca monitor komputer dalam menyelesaikan tugasan dan juga pembelajaran harian. Menariknya, untuk dua pelajar – Rakhael dan Jishnu, mereka turut membangunkan sebuah platform mereka tersendiri ketika PKP, dinamakan sebagai Cookeasy.

Jishnu-Rakhael-950x534.jpeg.webp


Rakhael dan Jishnu kini masing-masing belajar di tingkatan 1 dan tingkatan 2, telah memulakannya ketika berusia seawal 12 tahun. Disebabkan minat terhadap makanan, selain ia merupakan salah satu medium yang menyatukan ramai di Malaysia, kedua-duanya memilih untuk membangunkan sebuah platform untuk menjual barangan makanan – yang dihasilkan di rumah.

Cookeasy pada mula perancangan menghadapi cabaran dari segi pembangunan dan penyertaan sistem pembayaran. Namun, selepas kedua-duanya mengkaji pelbagai platform, mereka memilih Shopify untuk menjana Cookeasy – sekaligus menyelesaikan salah satu masalah utama dalam pembangunan platform edagang, iaitu pilihan platform pembayaran.

Cookeasy kini beroperasi meliputi kawasan Lembah Klang dan juga Pulau Pinang. Rakhael dan Jishnu memilih untuk mengedarkan makanan dengan bantuan ahli keluarga seperti pakcik dan makcik, bagi memastikan kesegaran sesuatu makanan, dan agar ia sampai dengan selamat. Namun, perkara ini turut membawa kepada beberapa kekangan seperti kawasan yang diliputi untuk penghantaran.

Berkongsi mengenai kejayaan, Cookeasy berjaya mencatatkan sehingga 500 pembeli ketika Hari Raya lepas. Kedua-duanya yang turut gemar bermain permainan seperti Fortnite, mula membahagikan masa dengan baik dalam terus memperkembangkan perniagaan mereka sedikit demi sedikit.

Rakhael-Tanabalan-950x534.jpg.webp


Menurut Rakhael, dalam memudahkan lagi urusan pengurusan perniagaan Cookeasy, mereka memastikan pelbagai kelancaran stok menggunakan perisian Microsoft Excel. Kemampuan atas-taliannya memudahkan mereka memasukkan input, dan ia akan sync secara automatik. Malah, kedua-duanya turut menggunakan Microsoft Teams untuk berkomunikasi – disebabkan oleh era pandemik yang membuatkan tiada pertemuaan bersemuka atau mesyuarat diadakan.

Menyedari kelebihan kedua-dua pelajar ini juga, pihak Microsoft turut memilih mereka sebagai duta untuk Surface – yang mana kini menjadi salah satu peranti yang digunakan.

Jishnu-Rakhael-Cookeasy-950x535.jpg.webp


Walaupun kedua-dua anak muda ini telah mempunyai perniagaan pada usia muda, namun ia tidak menghentikan cita-cita mereka. Rakhael berhasrat untuk menjadi seorang juruterbang atau ahli perniagaan, sementara Jishnu pula ingin menceburi bidang sains data. Pada masa yang sama, mereka juga turut terus memperluaskan kepakaran mereka dalam bidang pengaturcaraan.

Kedua-dua anak muda ini turut mengalakkan yang lain dalam mencuba membangunkan sesuatu ketika masa terluang, dan berhasrat agar orang sekeliling seperti keluarga dan rakan-rakan menyokong usaha masing-masing, sekaligus membentuk lebih ramai yang kreatif.
 
Back
Top
Log in Register