BTC USD 63,741.7 Gold USD 4,341.79
Time now: Jun 1, 12:00 AM

3 musuh utama dunia Islam

talibanes

Permanently Banned - Multiple ID
gem
Messages
12,991
Joined
Aug 18, 2011
Messages
12,991
Reaction score
1,852
Points
191
islam.jpg


ISLAM menjadi bahan serangan musuh-musuhnya sejak berabad-abad lamanya, sedangkan islam adalah agama Allah yang serba benar kerana ia datang daripada Allah bagi menyelesaikan banyak masalah yang tidak mampu dirungkai oleh manusia walau hebat macam manapun ilmu mereka.

Sesungguhnya yang menentang Islam itu adalah golongan yang mewarisi sifat serta amalan iblis dan syaitan yang enggan tunduk atau sujud kepada Nabi Adam a.s. lantaran angkuh kepada Allah, kononnya ia dicipta daripada bahan yang lebih hebat daripada Adam, jadi mengapa ia mesti patuh kepada arahan Allah untuk sujud.


Terkadang-kadang pemikiran manusia beranggapan sesuatu itu baik baginya, tetapi ia tidak baik bagi Allah, sebaliknya kadang-kadang tidak baik kepada manusia tetapi ia baik bagi Allah, apabila terdapat dalam minda manusia sedikit pertentangan dengan Allah, maka akan berlakulah beberapa pandangan atau ideologi sempit yang berasaskan pemikiran yang serba lemah dan akhirnya kecundang kerana gagal melawan nafsu yang cenderung kepada amalan iblis dan syaitan.

Apabila kita menganalisis musuh-musuh dunia Islam, kita akan berjumpa dengan tiga ideaidea asas:

1. Imperialisme Barat: Sebagai contoh, kolonialisme British dan Perancis seperti yang telah diterangkan di atas.

2. Ekstrem-fasisme nasionalisme: Fasisme Itali, Israel, dan kumpulan-kumpulan profasis yang menyebabkan tercetusnya perang-perang saudara di dalam dunia Islam.

3. Komunisme: Soviet Rusia, China, Kemboja di bawah pemerintahan Khmer Rouge, komunis di Afghanistan dan pelbagai lagi kumpulan komunis di Timur Tengah.

Kajian yang lebih mendalam mendedahkan bahawa ketigatiga idea tersebut muncul pada abad ke-19, dan berkembang pada abad ke-20. Nasionalisme ekstrem dan fasisme yang muncul daripada kebangkitan idea-idea tersebut merupakan ideologi-ideologi yang terbit secara menyeluruh pada abad kesembilan belas, dan mula dipraktikkan dengan meluas pada abad ke-20.

Komunisme bermula daripada teori materialisme dialektikal yang diperkenalkan oleh Marx dan Engels pada abad kesembilan belas, walaupun rejim komunis yang pertama masih belum ditubuhkan sehingga tahun 1917, di Rusia.

Seseorang boleh berkata bahawa hanya kolonialisme Barat yang bermula sejak awal-awal abad, walaupun kemudian ia dirangkumi oleh inisiatif ekonomi yang terbatas dan kemudian sekali lagi mendominasi posisi global dengan menggunakan asas-asas falsafah dan ideologinya pada abad ke-19.

Ini menunjukkan kepada kita bahawa musuh dunia Islam yang sebenarnya bukanlah sebuah kesatuan ataupun peradaban (misalnya peradaban Barat), tetapi adalah “ideologi-ideologi” yang telah menukarkan kesatuankesatuan atau peradabanperadaban tersebut kepada penindas-penindas yang hauskan darah.

Ideologi-ideologi ini telah mendominasi sebahagian besar dunia pada abad ke-19, dan telah membawa kekejaman dan kezaliman ke mana-mana sahaja ia pergi. Sebenarnya ideologiideologi inilah yang menjajah, membahagi, merompak, memperhamba, dan menyembelih umat Islam sedunia.

Selama lebih dari setengah abad, umat Islam Palestin telah diusir daripada kediaman mereka tanpa sebab, ditembak, dan dilakukan penderaan dan kekejaman. Namun seluruh dunia diam membisu dalam menghadapi kuasa penjajah: Israel.

Tiada bangsa atau masyarakat tertentu yang menjadi musuh dunia Islam secara khusus, tetapi ia lebih kepada sebuah “ideologi” yang telah menukar bangsa dan masyarakat tersebut menjadi penindas. Ideologi-ideologi ini mula mendominasi dunia secara meluas pada abad ke-19, dan ke mana sahaja ia pergi, pasti wujud senario kekejaman dan kezaliman dalam abad ke-20.

Apabila kita memerhatikan ketiga-tiga ideologi ini, kita dapat melihat di sebalik segala apa yang berlaku ialah peningkatan kepercayaan ateisme di Barat. Setiap daripada mereka muncul apabila dunia Barat sudah tidak mahu lagi percaya kepada Tuhan dan agama, dan mula menerima fahaman golongan materialis sebagai cara hidup mereka.

Satu kebenaran penting yang mengesahkan hakikat ini ialah ketiga-tiga ideologi ini telah diasaskan daripada teori evolusi Darwin, yang mana menggambarkan “asas saintifik ateisme” dan yang mana buat julung-julung kalinya falsafah ateis telah menjadi satu “kebenaran saintifik.”

>> Sumber: HarunYahya.com
 
Mereka(orang kafir)tidak akan redo islam menjadi agama kita selagi kita tidak tunduk kepada kehendak mereka.
 
Back
Top
Log in Register