BTC USD 86,253.6 Gold USD 4,358.43
Time now: Jun 1, 12:00 AM

3 mac 1924 - sejarah hitam umat islam

IMG_20240303_103210_591.jpg

100 tahun kejatuhan Khilafah,

Hari ini, 3 Mac 2024 merupakan satu detik hitam setelah 100 tahun kita kehilangan pemimpin di peringkat dunia antarabangsa.

Satu persatu peristiwa sedih yang menyaksikan umat Islam diperkotak-katikkan di sana sini.

Mari bersama kita bina masa depan yang baharu buat masyarakat sekeliling, rakyat dan negara tercinta serta negara-negara dunia antarabangsa.

IMG_20240303_104658_267.jpg

𝟭𝟬𝟬 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝗞𝗘𝗝𝗔𝗧𝗨𝗛𝗔𝗡 𝗞𝗛𝗜𝗟𝗔𝗙𝗔𝗛 𝗨𝗧𝗛𝗠𝗔𝗡𝗜𝗬𝗬𝗔𝗛

Setelah hampir 14 abad tertegaknya pemerintahan Khilafah Islamiah yang bermula dengan Khalifah Abu Bakar As-Siddiq RA, akhirnya tanggal 3 Mac 1924 menyaksikan detik hitam kejatuhan sistem khilafah apabila Khilafah Uthmaniyyah dimansuhkan.

Khalifah Uthmaniyyah yang terakhir, Abdul Mejid II dibuang negeri pada 3 Mac 1924 dengan pemansuhan Khilafah di Turki dan akhirnya menetap di Paris. Tahun ini menandakan genap 100 tahun kejatuhan Khilafah Uthmaniyyah.

𝗗𝘂𝗻𝗶𝗮 𝗣𝗮𝗹𝗲𝘀𝘁𝗶𝗻 🇵🇸
 
KEMEROSOTAN DAN KEJATUHAN KHILAFAH UTHMANIYYAH

1. 3 Mac 1924 menandakan secara rasminya kejatuhan khilafah Uthmaniyyah dalam bahasa asalnya Turki disebut sebagai Devlet-i ʿAlīye-i ʿOsmānīye.

2. Kejatuhan ini menandakan kejatuhan secara rasmi kuasa islam jatuh setelah hampir 1300 tahun berkuasa di rantau timur tengah, Mediterranean selatan eropah, sebahagian afrika dan Nusantara Melayu. Kejatuhan ini menggegarkan dunia islam kerana tempat mereka berteduh kini sudah diruntuhkan. Persoalannya mengapa kejatuhan ini berlaku?

3. Sebelum kita pergi lebih jauh, perlu kita fahami bahawa Mustafa Kemal Ataturk walaupun beliau adalah sosok tubuh yang menjadi dalang pengisytiharan Republic of Turkey dan penghapusan sistem khilafah ini, namun kemerosotan khilafah ini telah bermula lebih awal semenjak Sultan Selim-3 dimana bermulanya pembaratan institusi dan pemikiran golongan elit.

4. Setelah perjanjian Karlowitz pada 1699 dan kekalahan Uthmaniyyah kepada The Holy League di Hungary, berlaku satu perubahan pada pemikiran Uthmaniyyah dimana mereka mula melihat peradaban barat sebagai lebih ‘superior’ dari mereka dan perlunya berlaku reformasi atau westernisasi didalam Uthamniyyah dengan menjadikan barat sebagai sumber tamadun baru mereka.

5. Disini ada tiga perkara utama yang saling berkait diantara satu sama lain yang akan dikupas berkenaan kejatuhan atau kemerosotan uthmaniyyah. Yang pertama adalah westernisasi. Kedua, nasionalisma dan yang terakhir adalah peranan Young Ottoman dan Young Turk mewujudkan Yeni Hayat (Kehidupan Baharu).

6. Proses westernisasi dan modernisasi Uthmaniyyah bermula dengan sekularisasi sistem askar kemudian kanun kod undang-undang dan sistem cukai uthmaniyyah dengan pengenalan Edict of Gulhane dan mencetuskan era baru dikenali sebagai era Tanzimat sehingga lah keruntuhan khalifah.

7. Westernisasi ini juga bermakna kedudukan umat islam diletakkan setaraf dengan orang bukan islam dari segi agama, politik, hak dan penghapusan konsep millet yang telah lama berpasak semenjak zaman Mehmed II.

8. Walaupun tanzimat ini gagal kerana kegelojohan sebahagian yang mahu langsung memisahkan syariah dan mengamalkan konsep ‘Laicite’ namun kesannya memberikan impak kepada keadaan uthmaniyyah dan diselesaikan dengan revolusi Mustafa Kemal.

9. 5 ciri mengenai westernisasi dan modernisasi uthmaniyyah menurut pakar sejarah Uthmaniyyah Halil Inalcik dapat digambarkan dan disimpulkan seperti berikut, pertamanya modernisasi ini merupakan langkah “self-defence” dari imperialisma Eropah. Perkara ini memberikan platform mudah untuk penembusan budaya barat kemudiannya.

10. Kedua, modernisasi secara sistematik bermula dengan reformasi ketenteraan kemudiannya ke pentadbiran dan institusi awam.

11. Ketiga, negara merupakan pemula kepada westernisasi dan reformasi ini dan perubahan dilakukan dari atas ke bawah.

12. Keempat, majoriti umat islam melawan modernisasi ini dan mereka sangat berharap kepada ulama’, agas, a’yan atau secara mudahnya pemimpin agama mereka.

13. Kelima, kehendak untuk memuaskan hati non-muslim dan kuasa barat menjadi pendorong uthmaniyyah melakukan modernisasi ini.

14. Modernisasi di zaman kemunduran Uthmaniyyah ini dilihat mula di implintasi secara sosial dengan permulaan pemakaian fez dan pakaian ala barat.

15. Seterusnya ketika era ini, banyak institusi yang mengambil dan mengadaptasi pendidikan dan silibus dari eropah mula muncul seperti contohnya Istanbul University.

16. Perubahan di kalangan golongan elit ini mewujudkan satu jurang diantara masyarakat luar bandar dan masyarakat bandar.

17. Masyarakat elit juga pemerintah, mula menjadikan Eropah sebagai puncak kegemilangan tamadun contohnya perlumbaan membina mahligai atau istana seperti Dolmahbace Palace dimana istana ini dibina sebagai tanda persaingan ketinggian kuasa dan harta diantara Eropah dan Uthmaniyyah ketika abad ke 19.

18. Siri-siri perubahan ini dapat dilihat secara ketara berlaku pertembungan ideologi yang besar diantara pemerintah dan golongan elit iaitu diantara golongan islamis dan golongan anti-khalifah, sekularis, modernis.

19. Pertembungan ini jelas dilihat dan digambarkan di era pemerintahan Sultan Abdul Hamid ke-2 dimana Sultan Abdul Hamid merupakan seorang yang beridentiti Pan-Islamism dan mahu semua rakyat dibawah naungannya menerima identiti Islamic Ottomanism yang dibentuk berasaskan kepada kesatuan umat islam dibawah identiti Ottomanism dan Ummet juga penolakan budaya barat yang cuba diserap ke dalam Uthmaniyyah.

20. Golongan Young Turk pula mahu menegakkan identiti Turkism bahawa Uthmaniyyah adalah negara bangsa Turkish dan Ottomanism yang memberikan hak sama rata orang bukan islam dan orang islam juga mahu membentuk identiti berasaskan konsep pemisahan agama dari kerajaan atau negara.

21. Kejatuhan Sultan Abdul Hamid ke 2 menandakan runtuhnya benteng idea Pan-Islamism dan menandakan kejayaan pembaratan Uthmaniyyah dengan hilangnya akar islam sebagai tunjang identiti Uthmaniyyah selama 600 tahun.

22. Munculnya figur Mustafa Kemal Atarturk hanyalah pelengkap kepada proses kemerosotan Khilafah Uthmaniyyah dan kejayaan Uthmaniyyah diresapi dengan idea pembaratan dimana tamadun barat dijadikan sebagai inspirasi golongan elit dan pemerintah kerana dilihat lebih maju dan puncak kegemilangan dan Islam sebagai penghalang kepada kemajuan.

23. Kehilangan institusi penting ini melihatkan umat islam hilang tempat berlindung secara fizikal mahupun dari pemikiran yang menyesatkan dan merosakkan komuniti islam secara keseluruhannya.

24. Kesan kejatuhan ini dapat dilihat sehingga hari ini dimana masih tiada negara Islam yang mampu mengatasi Tamadun Barat atau Tamadun Timur yang mencengkam umat islam sehingga ke hari ini.

25. Persoalan yang perlu ditanya kepada diri sendiri, siapa dan dimanakah munculnya sinar fajar islam yang bakal menerangi bumi.

Muhamad Amirul Asyraf bin Ahmad Kamal Zulkhairi
Penyelidik PEMIKIR

𝗗𝘂𝗻𝗶𝗮 𝗣𝗮𝗹𝗲𝘀𝘁𝗶𝗻 🇵🇸
 
IMG_20240303_184930_610.jpg

Hari ini 100 tahun yang lalu, Khalifah Uthmaniyah terakhir, Abdülmecid II dilucutkan jawatan.

Dinasti Uthmaniyah diasaskan oleh Osman Ghazi pada 1299. Apabila Uthmaniyah menakluk Mesir daripada kuasa Mamluk pada 1517, Sultan Selim I yang memimpin empayar berpusat di Anatolia itu mula memakai gelaran Khalifah Penjaga Kota Suci Mekah & Madinah, yang diteruskan oleh sultan-sultan Uthmaniyah selepasnya.

Abdülmecid II lahir pada Mei 1868. Mengikut tradisi Uthmaniyah, beliau tak dibenar keluar daripada istana hingga usianya 40 tahun, yang mana sepanjang itu bapanya Abdülaziz & 3 sepupunya berada di takhta. Apabila sepupu keempatnya Mehmed IV naik takhta pada 1918, Abdülmecid dilantik sebagai Putera Mahkota.

Namun ketika itu Uthmaniyah sudah pun tumbang, tewas dalam Perang Dunia I kepada Tentera Bersekutu. Mehmed VI, Sultan Uthmaniyah terakhir, meninggalkan Constantinople setelah Kesultanan Uthmaniyah dimansuhkan pada November 1922 & Abdülmecid dilantik menjadi Khalifah oleh Perhimpunan Agung Kebangsaan Turki (TBMM).

Begitupun beliau tak punyai kuasa eksekutif, hanya sekadar sebagai simbol hubungan Turki baharu dengan sejarah Uthmaniyahnya. Oleh hal demikian beliau menjadi sandaran buat para penentang Mustafa Kemal yang sebahagian besarnya dibelakangi British.

Atas sebab itu, Mustafa Kemal tekad memutuskan hubungan dengan masa silam, mengisytiharkan Republik Turki pada 29 Oktober 1923 & pada 3 Mac 1924, TBMM memansuhkan kekhalifahan Turki - selepas 407 tahun bernaung di Anatolia. Keesokan harinya, Abdülmecid dibuang negeri bersama ahli keluarganya.

Beliau diberi wang tunai £2,000 & dibawa menaiki Orient Express ke Switzerland, sebelum akhirnya menetap di Perancis. Abdülmecid hidup atas ihsan Nizam Hyderabad (juga atas kebenaran British yang menguasai subbenua India ketika itu) yang kemudian mengahwini anak perempuannya.

Abdülmecid meninggal dunia pada 23 Ogos 1944 di rumahnya di Paris sebelum akhirnya dikebumikan di perkuburan Al-Baqi’, Madinah.

Sumber: Britannica, New World Encyclopedia
 
KEMEROSOTAN DAN KEJATUHAN KHILAFAH UTHMANIYYAH

1. 3 Mac 1924 menandakan secara rasminya kejatuhan khilafah Uthmaniyyah dalam bahasa asalnya Turki disebut sebagai Devlet-i ʿAlīye-i ʿOsmānīye.

2. Kejatuhan ini menandakan kejatuhan secara rasmi kuasa islam jatuh setelah hampir 1300 tahun berkuasa di rantau timur tengah, Mediterranean selatan eropah, sebahagian afrika dan Nusantara Melayu. Kejatuhan ini menggegarkan dunia islam kerana tempat mereka berteduh kini sudah diruntuhkan. Persoalannya mengapa kejatuhan ini berlaku?

3. Sebelum kita pergi lebih jauh, perlu kita fahami bahawa Mustafa Kemal Ataturk walaupun beliau adalah sosok tubuh yang menjadi dalang pengisytiharan Republic of Turkey dan penghapusan sistem khilafah ini, namun kemerosotan khilafah ini telah bermula lebih awal semenjak Sultan Selim-3 dimana bermulanya pembaratan institusi dan pemikiran golongan elit.

4. Setelah perjanjian Karlowitz pada 1699 dan kekalahan Uthmaniyyah kepada The Holy League di Hungary, berlaku satu perubahan pada pemikiran Uthmaniyyah dimana mereka mula melihat peradaban barat sebagai lebih ‘superior’ dari mereka dan perlunya berlaku reformasi atau westernisasi didalam Uthamniyyah dengan menjadikan barat sebagai sumber tamadun baru mereka.

5. Disini ada tiga perkara utama yang saling berkait diantara satu sama lain yang akan dikupas berkenaan kejatuhan atau kemerosotan uthmaniyyah. Yang pertama adalah westernisasi. Kedua, nasionalisma dan yang terakhir adalah peranan Young Ottoman dan Young Turk mewujudkan Yeni Hayat (Kehidupan Baharu).

6. Proses westernisasi dan modernisasi Uthmaniyyah bermula dengan sekularisasi sistem askar kemudian kanun kod undang-undang dan sistem cukai uthmaniyyah dengan pengenalan Edict of Gulhane dan mencetuskan era baru dikenali sebagai era Tanzimat sehingga lah keruntuhan khalifah.

7. Westernisasi ini juga bermakna kedudukan umat islam diletakkan setaraf dengan orang bukan islam dari segi agama, politik, hak dan penghapusan konsep millet yang telah lama berpasak semenjak zaman Mehmed II.

8. Walaupun tanzimat ini gagal kerana kegelojohan sebahagian yang mahu langsung memisahkan syariah dan mengamalkan konsep ‘Laicite’ namun kesannya memberikan impak kepada keadaan uthmaniyyah dan diselesaikan dengan revolusi Mustafa Kemal.

9. 5 ciri mengenai westernisasi dan modernisasi uthmaniyyah menurut pakar sejarah Uthmaniyyah Halil Inalcik dapat digambarkan dan disimpulkan seperti berikut, pertamanya modernisasi ini merupakan langkah “self-defence” dari imperialisma Eropah. Perkara ini memberikan platform mudah untuk penembusan budaya barat kemudiannya.

10. Kedua, modernisasi secara sistematik bermula dengan reformasi ketenteraan kemudiannya ke pentadbiran dan institusi awam.

11. Ketiga, negara merupakan pemula kepada westernisasi dan reformasi ini dan perubahan dilakukan dari atas ke bawah.

12. Keempat, majoriti umat islam melawan modernisasi ini dan mereka sangat berharap kepada ulama’, agas, a’yan atau secara mudahnya pemimpin agama mereka.

13. Kelima, kehendak untuk memuaskan hati non-muslim dan kuasa barat menjadi pendorong uthmaniyyah melakukan modernisasi ini.

14. Modernisasi di zaman kemunduran Uthmaniyyah ini dilihat mula di implintasi secara sosial dengan permulaan pemakaian fez dan pakaian ala barat.

15. Seterusnya ketika era ini, banyak institusi yang mengambil dan mengadaptasi pendidikan dan silibus dari eropah mula muncul seperti contohnya Istanbul University.

16. Perubahan di kalangan golongan elit ini mewujudkan satu jurang diantara masyarakat luar bandar dan masyarakat bandar.

17. Masyarakat elit juga pemerintah, mula menjadikan Eropah sebagai puncak kegemilangan tamadun contohnya perlumbaan membina mahligai atau istana seperti Dolmahbace Palace dimana istana ini dibina sebagai tanda persaingan ketinggian kuasa dan harta diantara Eropah dan Uthmaniyyah ketika abad ke 19.

18. Siri-siri perubahan ini dapat dilihat secara ketara berlaku pertembungan ideologi yang besar diantara pemerintah dan golongan elit iaitu diantara golongan islamis dan golongan anti-khalifah, sekularis, modernis.

19. Pertembungan ini jelas dilihat dan digambarkan di era pemerintahan Sultan Abdul Hamid ke-2 dimana Sultan Abdul Hamid merupakan seorang yang beridentiti Pan-Islamism dan mahu semua rakyat dibawah naungannya menerima identiti Islamic Ottomanism yang dibentuk berasaskan kepada kesatuan umat islam dibawah identiti Ottomanism dan Ummet juga penolakan budaya barat yang cuba diserap ke dalam Uthmaniyyah.

20. Golongan Young Turk pula mahu menegakkan identiti Turkism bahawa Uthmaniyyah adalah negara bangsa Turkish dan Ottomanism yang memberikan hak sama rata orang bukan islam dan orang islam juga mahu membentuk identiti berasaskan konsep pemisahan agama dari kerajaan atau negara.

21. Kejatuhan Sultan Abdul Hamid ke 2 menandakan runtuhnya benteng idea Pan-Islamism dan menandakan kejayaan pembaratan Uthmaniyyah dengan hilangnya akar islam sebagai tunjang identiti Uthmaniyyah selama 600 tahun.

22. Munculnya figur Mustafa Kemal Atarturk hanyalah pelengkap kepada proses kemerosotan Khilafah Uthmaniyyah dan kejayaan Uthmaniyyah diresapi dengan idea pembaratan dimana tamadun barat dijadikan sebagai inspirasi golongan elit dan pemerintah kerana dilihat lebih maju dan puncak kegemilangan dan Islam sebagai penghalang kepada kemajuan.

23. Kehilangan institusi penting ini melihatkan umat islam hilang tempat berlindung secara fizikal mahupun dari pemikiran yang menyesatkan dan merosakkan komuniti islam secara keseluruhannya.

24. Kesan kejatuhan ini dapat dilihat sehingga hari ini dimana masih tiada negara Islam yang mampu mengatasi Tamadun Barat atau Tamadun Timur yang mencengkam umat islam sehingga ke hari ini.

25. Persoalan yang perlu ditanya kepada diri sendiri, siapa dan dimanakah munculnya sinar fajar islam yang bakal menerangi bumi.

Muhamad Amirul Asyraf bin Ahmad Kamal Zulkhairi
Penyelidik PEMIKIR

𝗗𝘂𝗻𝗶𝗮 𝗣𝗮𝗹𝗲𝘀𝘁𝗶𝗻 🇵🇸
Bila baca sejarah Empayar Uthmaniyyah ni, hampir x ada org yt nukilkan berkenaan Fratricide dan kaitan langsung amalan tersebut dlm empayar Uthmaniyyah, dgn Khalifah Mehmed II. Kalau baca atau dengar cerita pasal Mehmed II, yg hanya diceritakan sbg pembuka Al Qostantiniyyah sehingga digelar Al Fateh.
 
Semuanya disebabkan berebut takhta
 
Back
Top
Log in Register