BTC USD 60,690.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

3 dikurung seperti binatang

hebat!!! memang hebat!! kalau bagi muka ni le jadinyer...

teman nak nasihat sesapa yg ade sangkut ngan AhLong pegi cepat report dgn PPIM (persatuan Pengguna Islam Malaysia).

Kisah benar... ade geng sangkut ngan 8 along, mencecah 80K. selepas deal ngan PPIM now dah boleh hidup tenang...


Ni link PPIM : http://www.muslimconsumer.org.my/ppim/news.php
 
KUALA LUMPUR 27 Mei - ''Encik, sekarang pukul berapa? Apa tarikh hari ini?''

Itulah soalan pertama yang dikemukakan oleh salah seorang mangsa ah long yang hanya dikenali sebagai Lim, 49, ke arah jurugambar Utusan Malaysia, Zulhafiz Abu Hanafiah ketika merakam gambarnya.

Lim bukan sahaja dikurung malah turut dirantai dalam bilik sempit yang kotor sejak 4 April lalu gara-gara gagal menjelaskan baki hutangnya kepada ah long sebanyak RM800.

Menceritakan episod dia dikurung dalam 'lokap' itu, Lim berkata, kejadian berpunca apabila dia bersemuka dengan ah long itu di sebuah pasar raya di Semenyih, Kajang, kira-kira pukul 9 malam.

Katanya, keputusan itu diambil berikutan dia tidak lagi mampu bertahan dengan pelbagai gangguan daripada ah long berkenaan yang seringkali ke rumah mengugut mangsa serta ahli keluarganya.

''Namun ketika perbincangan itu, penjelasan saya langsung tidak diterima malah mereka mengheret saya ke tempat ini ('lokap') sebelum mengurung saya,'' katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Lim berkata, selama dalam tahanan, dia dilayan seperti binatang dan dipukul sehingga badannya lebam-lebam sekiranya membuat bising dan merayu.

Ditanya berapa jumlah wang yang dipinjam, dia berkata: ''Saya cuma berhutang RM1,500 dan setakat ini saya sudah bayar lebih daripada jumlah itu.

''Kini saya hanya perlu melunaskan RM800 saja, tapi dia (ah long) langsung tidak memberi ruang kepada saya malah mengugut ahli keluarga saya pula,'' ujarnya.

Usaha Utusan Malaysia untuk menemu ramah dua lagi mangsa bagaimanapun gagal apabila mereka masih dalam keadaan trauma dan enggan ditemu ramah.

Kesemua mangsa dibawa ke Hospital Serdang dengan menaiki ambulans untuk menjalani pemeriksaan kesihatan.
 
waahhh......ada lesen [STRIKE]culik[/STRIKE] pinjam wang derang aaa.....:o

wahhh sudah tukar kaler....syabas dan tahniah....ada lesen [STRIKE]culik[/STRIKE] pinjam wang dak ni :">
 
moral of the story, jgn libatkan diri dgn along...

masalahnya along ni menawarkan alternatif yang cukup mudah untuk semua orang, yang herannya, sepatutnya kera jaan kena ada mekanisme macam ni, cuma penguatkuasaannya kena guna cara lain yang lebih 'berperikemanusiaan" lah sikit.
 
masalahnya along ni menawarkan alternatif yang cukup mudah untuk semua orang, yang herannya, sepatutnya kera jaan kena ada mekanisme macam ni, cuma penguatkuasaannya kena guna cara lain yang lebih 'berperikemanusiaan" lah sikit.
Betul tu... Kerajaan banyak sangat birokrasi sebab tulah rakyat lebih suka cari ALONG walaupun tau pinjam kat ALONG ni salah.
 
Back
Top
Log in Register