BTC USD 63,533.9 Gold USD 4,463.37
Time now: Jun 1, 12:00 AM

3 dikurung seperti binatang

izack1981

Legendary Member
gem
Messages
10,374
Paid Membership
Joined
Feb 15, 2007
Messages
10,374
Reaction score
61
Points
120
mh_03.1.jpg

KEKEJAMAN AH LONG,sangat mengejutkan apabila menyaksikan foto dua lelaki ini dengan leher dan kaki mereka dirantai gara-gara berhutang. Mereka sebenarnya adalah mangsa ceti haram atau ah long yang dikurung di dalam sebuah lokap buatan sendiri di sebuah bangunan rumah kedai lima tingkat di Taman Perindustrian Bukit Serdang, Selangor, semalam. Gambar ini dirakamkan selepas serbuan polis ke atas tempat kurungan mereka itu yang membawa kepada penahanan dua lelaki dipercayai mempunyai kaitan dengan perbuatan kejam itu.– UTUSAN/Zulhafiz Abu Hanafiah

KUALA LUMPUR 27 Mei – Zalim! Hanya kerana gagal membayar hutang, tiga lelaki diperlakukan seperti binatang apabila leher dan kaki mereka dirantai serta dikurung dalam ‘lokap’ buatan ah long.

Lebih kejam, mangsa hanya dibekalkan dengan sebuku roti untuk setiap dua minggu dan terpaksa minum air paip dalam bilik kecil yang dilengkapi tandas itu.

Malah, mereka turut dijadikan seperti hamba apabila dirotan jika cuba merayu, membuat bising atau meninggikan suara.

Wang yang dipinjam pula bukanlah banyak mana, cuma di antara RM1,500 dan RM4,000 sahaja.

Kegiatan tidak berperikemanusiaan itu terbongkar apabila polis menahan dua lelaki dipercayai ah long hasil maklumat awam, di sebuah bank di Desa Jaya, Kepong, dekat sini kira-kira pukul 11 pagi ini.

Ketika ditahan suspek yang berusia 30 dan 33 tahun itu sedang membuat urusan pembayaran hutang.

Susulan daripada penahanan tersebut, polis menyerbu sebuah bangunan rumah kedai lima tingkat di Jalan PBS 14/2, Taman Perindustrian Bukit Serdang di sini, kira-kira pukul 2.30 petang.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, dalam serbuan di aras bawah itu, polis menyelamatkan tiga lelaki berusia 25 hingga 49 tahun yang dijadikan tahanan.

Katanya, ketiga-tiga mereka ditempatkan dalam dua bilik yang diubahsuai seolah-olah seperti lokap polis.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan terhadap mangsa turut menemui kesan-kesan lebam di seluruh badan, dipercayai menjadi mangsa dera ah long.

‘‘Berdasarkan keterangan mangsa, kita mendapati mereka dikurung antara 17 hari hingga dua bulan,’’ katanya ketika ditemui pemberita di tempat kejadian di sini hari ini.

Tambah beliau, polis terpaksa meminta bantuan pasukan Bomba dan Penyelamat dari Seri Kembangan untuk memecahkan mangga pada ‘lokap’ berkenaan dan rantai yang dipasang pada mangsa.

Abdul Rahim menyifatkan tindakan ah long itu sebagai binatang dan tidak berperikemanusiaan kerana tergamak ‘memuatkan’ mangsa dalam bilik sempit seluas 1.2 meter X 1.2 meter tanpa aliran udara.

‘‘Kami yakin dengan penahanan kedua-dua lelaki pagi ini, kumpulan ah long itu yang juga terlibat dalam beberapa kes di Lembah Klang telah ditumpaskan,’’ ujarnya.

Beliau berkata, modus operandi sindiket itu ialah dengan mengurung mangsa sekiranya gagal membayar hutang sehinggalah ahli keluarga mereka melunaskannya.

Ditanya sama ada ahli keluarga mangsa ada membuat laporan polis mengenai kejadian itu, beliau memberitahu, kesemua mangsa dilaporkan hilang oleh keluarga mereka di Gombak, Kajang dan Segamat.

‘‘Kami terima tiga laporan berhubung kehilangan mangsa-mangsa. Dalam laporan itu mereka mendakwa mangsa dilarikan ah long namun tiada sebarang maklumat mengenai mereka,’’ ujar beliau.

Kes itu katanya, kini disiasat mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan kerana melakukan peras ugut dan Seksyen 342 Kanun Keseksaan kerana mengurung secara salah.

P/S: Binatang pon tak kejam camnih!! :mad::mad::mad:

:(scam:(scam:(scam:(scam
 
ekekek.....lagi lah.....nak sangat

pinjam ngan along...

pengajaran buat kiter sumer nih.....
 
elok kasi penjara maksima saja kat along tu. Jangan nak simpati simpati lagi dah
 
along - semasa kecik menjadi kawan, semasa besar culik kawan-kawan....
 
elok kasi penjara maksima saja kat along tu. Jangan nak simpati simpati lagi dah

Bila la nak ada akta untuk ALONG2 nie? Makin menjadi2 lak ALONG ni buat promosi nak lariskan diorang punya pinjaman. Korang tengok saja tepi2 jalan, macam2 poster si ALONG ni tempek sampai signboard jalan pun dah jadi papan iklan...:eek::eek::eek::eek:
 
kejam gile..
rantai kat leher tu..
mcam anjing plak
 
dah maju sangat along time nih......

dari ugut2 org, sampai jel peminjam

yg tak lunaskan utang.....

pas nih? tembak ala sniper/drive by shooting/gangland style.......
 
Bila la nak ada akta untuk ALONG2 nie? Makin menjadi2 lak ALONG ni buat promosi nak lariskan diorang punya pinjaman. Korang tengok saja tepi2 jalan, macam2 poster si ALONG ni tempek sampai signboard jalan pun dah jadi papan iklan...:eek::eek::eek::eek:

err.....kalo kat sini, cumer kat

news paper jer yg ada iklan pinjaman wang nih......

kat tetepi jalan tue, tak penah lak aku nengok.....
 
dah maju sangat along time nih......

dari ugut2 org, sampai jel peminjam

yg tak lunaskan utang.....

pas nih? tembak ala sniper/drive by shooting/gangland style.......

Tak ganas lagi tuh.. Pasni hantaq terminator p bunuh peminjam...:eek::eek::eek::eek:
 
Back
Top
Log in Register