BTC USD 83,453.3 Gold USD 4,161.36
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Not Paying 2kali - 2kali.com

Salam kepada semua ahli-ahli 2kali.com nih, saya ingin sekali mencadangkan, kita closekan saja thread 2kali ni kat CG dan fokus kepada dedicated forum 2kali.net tu. kita dah ada platform kan? segalam maslah, kita boleh bincang di situ, segala pertanyaan, kita boleh ujarkan kat situ, dan segala kegembiraan, kita boleh kongsi bersama-sama disitu.

kita tak perlukan mereka-mereka yang tidaj memahami erti dan tujuan program seperti 2kali ni. berdebat dengan mereka seperti anjing menyalak bukit. kita tidak akan dapat apa-apa hasil yang konstruktif dengan perdebatan mereka-mereka yang sekadar baca berpuluh-puluh page, kemudian mengambil tindakan kononnya sekadar bertanya, tetapi memutarbelitkan segala apa yang dikata.

nasihat sudah diberi, maklumat sudah dikongsi, tepuk dada, tanya selera sendiri. memang orang melayu sendiri kebanyakkannya, berada di posisi niat yang tidak berapa elok. minta maaf jika ada menyinggung sesiapa, tidak ada niat say7a sebagai ahli 2kali yang sudah mendapat manfaat daripada 2kali hendak menegur ahli-ahli yang lain. program 2kali bukan program atau skim cepat kaya. ada ahli-ahli yang terlalu mengejarkan hadiah daripada admin, sehingga menyebarkan emel-emel spam kepada individu-individu yang mereka sendiri tidak kenal. dengan kata-kata, "ANDA INGIN CEPAT KAYA?" "CARA MUDAH CAPAI KEKAYAAN!!" ada ahli-ahli baru yang menyertai 2kali, tanpa mengetahui dengan jelas, apa sebenarnya intipati program 2kali ini.

ada mereka-mereka di luar sana, bertindak bagaikan burung 'vulture', hanya menunggu mangsanya. bila ada masalah sikit, tanap merujuk kepada sesiapa, terus menuduh yang bukan-bukan, dan bertindak membuat laporan kepada pihak-pihak berwajib.

kepada mereka-mereka yang ingin menjatuhkan program 2kali ini, silakan, buatlah apa yang anda fikirkan patut, tetapi ingat dan sedar, walaupun Hang Tuah kata, "takkan melayu hilang di dunia", lirik lagu ND LALA ada sebut, "melayu tak hilang, yang hilang maruah..." kalau sesama melayu kita berhasad dengki, sampai manalah pencapaian yang kita boleh banggakan untuk kita wariskan kepada generasi akan datang?

memang saya tidak paham tentang undang-undang, tidak mahir di dalam selok belok hukum hakam agama, tetapi, kita boleh merujuk kepada tempat yang sepatutnya. jangan diturunkan hukum berdasarkan apa yang orang lain kata. kalau majlis fatwa kata haram, kita boleh meminta penjelasan dengan lebih terperinci daripada mereka, untuk memastikan kita benar-benar faham mengapa mereka memberi fatwa tentang sesuatu, sebagai haram, atau sunat, atau makruh, atau harus atau wajib. itu tanggungjawab kita sebagai individu.

kepada moderator thread 2kali di CG ni, saya memohon, supaya ditutup saja thread ini dan kita berpindah kepada dedicated forum kita sendiri.

saya menyusun jari yang menaip di komputer yang saya beli atas hasil program 2kali ini, memohon maaf sekiranya apa yang saya tulis, akan menyinggung mana-mana pihak. saya pasti akan ada yang akan membalas apa yang saya kata, tapi terpulanglah kepada aqal dan hati budi masing-masing.

terima kasih.

assalammualaikum.
takpe sini okay ke apa..janji besh
 
wsalam..panjang bos taip malam ni...isnyaallah apa yang baik selalunya ada
 
Terasa macam diperhatikan je...ada 'seseorang' yang tak log in agaknya..hehe
 
harap semua bersabar k.
Untuk sebarang repurchase sila tunggu sistem kembali pulih.

jadi kita kurangkan beban admin dari masalah sistem hari ni.

Selamat malam...

Mantap pesanan penaja yang hebat !:)paid:)paid:)paid​
 
VEARNS IS BACK~!!

perasan x....xde sorg pun dalam forum yg berani komen statement ko.
sb tu aku cakap...diorg ni sedar...tp buat pejam mata. seolah2 menidakkan benda yg benar.

bila korg pejam mata, dah mmg terang tang tang la yg skim ni penuh dgn kemusykilan.

ok...skang yg pasti...kompeni wujud, ada bos, pekerja, customer dan x kurang jugak fanatik2nya.

ape yg aku cuba nak highlight kat sini, mcmana mereka boleh memberi keuntungan yg besar kepada pelanggan.
of course, mereka berhak nak memberi seberapa banyak yg mereka nak.
logikkah company boleh membayar 150% kepada pelanggan dalam masa yg singkat tanpa mengambil jalan pintas ?

jalan pintas yg dimaksudkan adalah menggunakan sistem PONZI.
guna duit org baru masuk utk bayar duit org yg da lama masuk.
pihak penganjur boleh memberi pelbagai statement yg meyakinkan seperti :

- membuat pelaburan dalam bisnes2 lain.
- backup standby 50%
- refund dalam masa 30 hari kalu x puas hati
- mcm2 lagi

cuba kita buat kiraan mcm ni plak. katakan la anda sebagai bos 2kali dan anda lihat statistik camni sampai di tangan anda.

total payment on 1 NOV 2010 = RM 50,000
must pay to customer on 15 DEC 2010 = RM 75,000
profit = RM 25,000

total payment on 2 NOV 2010 = RM 40,000
must pay on 16 DEC 2010 = RM 60,000
profit = RM 20,000

camana kompeni yg kecik nak cari duit untuk bayar RM 45,000 profit kepada customer dalam masa sebulan lebih.
cuba pk sejenak. cepatnya dia buat projek sampai dapat RM 45,000 dalam yang singkat sangat.

come on. kita berpijak di bumi yang nyata. di alam realiti. company 2kali bukan sebesar Berjaya Group.
Ezey Marketing hanya company enterprise dan tidak memiliki shareholders.
daftar kompeni pun baru bape puluh ringgit. x caya, leh rujuk SSM.

melainkan kalau owner 2kali ni mempunya modal 1 juta dan bermain dengan malaysia HYIP market.
mempunyai margin yg besar adalah cara yg terbaik utk buat bisnes camni kerana ia boleh menarik pelanggan dan duit x putus2 kuar masuk.
walaubagaimanapun, aku yakin pihak management kompeni ini menggunakan taktik PONZI untuk membayar 150% kepada pelanggan.

cuba anda pk sejenak, laman web 2kali dan myiklanhub teramat perlahan dan tiada informasi tentang kompeni yang menjalankannya.
design laman web mereka juga teramat tidak professional dan mcm org baru belajar buat website.
di sini kita sudah dapat menilai bahawa mereka tidak cakna sangat pun pasal product mereka kerana ianya hanyalah utk cover je.
cuba bandingkan myiklanhub dgn laman2 web advertising yg lain. amik contoh yg plg senang, mudah.my. berbeza ke x ? berbeza kan ?

bisnes ponzi ni sememangnya haram. the best way utk mengesahkan benda ni ialah dengan audit akaun bank owner 2kali tersebut, Encik Izzuddin Wee Shiat dan Ezey Marketing.

pasal daftar dengan kementerian kewangan, sapa2 pun bleh register. aku pun bleh register.
sama jugak dengan LHDN. dah benda2 bisnes camni mmg kene register dengan pihak2 tersebut.

kepada geng2 2kali dan fanatik2, aku x kesah pasal korg dapat payment dan kategori ni masuk dalam labu peram.
motif aku kat sini nak kaji pasal skim ponzi yg bertopengkan advertising ni.

kebanyakan kenyataan yg dikeluarkan adalah tidak official.
semuanya berdasarkan pemahaman sendiri dan tiada hitam putih dari pihak penganjur.
kalau pihak penganjur menjalankan bisnes secara legal, kenapa tidak letak segala informasi tersebut di dalam website 2kali.com ?
kenapa perlu melalui customer2 ? kata buat bisnes IT...xkan benda camni pun xleh nk pk ?kan ?

kenapa contact number company tersebar di blog dan website2 pelanggan ?
kenapa tidak di laman web sendiri ?
tambahan pula, laman web 2kali.com tidak memaparkan no pendaftaran syarikat.

jadi di sini, kita nampak jelas dan terang bahawa pihak management tidak amik endah pun pasal benda2 camni.
management macam ni adalah cukup tidak professional dan ingin membuat money game sahaja.
jelas lagi nyata, bisnes ini xkan tahan lama.

jadi...kepada fanatik2 kat luar sana...kalau nak bidas saya..bidas berdasarkan point2 di atas dan bukannya dengan bercakap kosong.

BUMP...bagi mereka yg belum sedar...
 
Ko ni pasal hah?
ko nk tau bidang kuasa SPRM,
jom kita jumpa jap..
nak men serang kt sini mana best..
aku tunggu kat opis sbb
mamat tu suka-suki nk wat aduan..
mana tau kot2..
kt SPRM pun dia nk wat aduan..
btw, ko pakai uniform pe ha?
ckp tau law..
SPRM pakai uniform ke tak pun xtau..

hadui...
ni la gengster melayu...
takat dok makan gaji dan wat bisnes investment kot tenet ni...xyah nak berlagak la...

wat malu pasukan beruniform je ko ni.

benda ni xde kaitan ngan SPR.
dok diam2 sudah.
 
Back
Top
Log in Register