BTC USD 62,380.7 Gold USD 4,462.91
Time now: Jun 1, 12:00 AM

23 maut bas jatuh gaung

Viere

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,579
Joined
Aug 8, 2008
Messages
26,579
Reaction score
179
Points
123
du_02.1.jpg


SEBUAH bas yang membawa tetamu majlis perkahwinan terbabas ke dalam gaung di Kampung Narar kelmarin.

ISLAMABAD - Seramai 23 orang terbunuh dan berpuluh-puluh lagi cedera apabila sebuah bas yang membawa rombongan majlis perkahwinan terjunam ke dalam gaung di Kampung Narar, Pakistan, kata beberapa pegawai kesihatan dan polis semalam.

Kemalangan itu berlaku ketika bas tersebut membawa 80 penumpang yang dalam perjalanan pulang dari majlis perkahwinan kelmarin.

Menurut ketua hospital di daerah Kahuta, Ziaullah Khan, seramai 20 mangsa terbunuh di tempat kejadian.

Beliau berkata, seramai 64 mangsa yang cedera dihantar ke hospital.

"Tiga lagi mangsa meninggal dunia ketika dirawat di hospital menjadikan jumlah yang terbunuh ialah 23 orang. Wanita dan kanak-kanak antara yang terbunuh," katanya.

Seorang pegawai kanan polis di Rawalpindi, Azhar Hameed Khukhar berkata, mengikut laporan awal, bas itu terbabas ke dalam gaung semasa melalui selekoh. - dpa
 
cmne la leh jatuh gaung tu..???
 
bas 80 penumpang? perghh..mau x terbabas..
 
bas pun da uzur benar nengoknya ha..
 
Tu dia.. 80 orang dlm 1 bas, punggah habis sekampung ni.

Biasanya jalan keliling banjaran kat sana memang berliku-liku dan beban yang berat boleh jadi penyebab selain pemandu yang mengantuk lepas makan kenduri.
 
80 org tu...

bas doubledeck kat malaysia ni pun boleh muat 60 org jer...
 
80 org bas apa tu
semua berdiri ke
 
bas pun xde rupa bas
 
Back
Top
Log in Register