BTC USD 76,604.1 Gold USD 4,361.32
Time now: Jun 1, 12:00 AM

23 maut, bas bertembung lori

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,719
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,719
Reaction score
97
Points
80

23 maut, bas bertembung lori​

bas-pesakit-ragam.jpeg

BAS yang remuk selepas bertembung dengan sebuah lori di selatan negeri Parana kelmarin. - Polis Lebuh Raya Persekutuan

BRASILIA – Sekurang-kurangnya 23 orang termasuk dua kanak-kanak terkorban, manakala lima lagi cedera selepas sebuah bas bertembung dengan lori di selatan Brazil, lapor Perbadanan Penyiaran Britain (BBC).

Kejadian berlaku sekitar pukul 3.30 pagi (waktu tempatan) di Lebuh Raya BR-373 di selatan negeri Parana semalam.

Bas dimiliki pihak berkuasa kesihatan berhampiran bandar Imbituva itu sedang membawa pesakit serta ahli keluarga mereka untuk temu janji rawatan di Ponta Grossa, kira-kira 60 kilometer jauhnya.

Antara mangsa yang terkobran termasuk pemandu lori, demikian menurut polis tempatan.

Lebuh raya berkenaan ditutup  hampir tujuh jam bagi membolehkan anggota Polis Lebuh Raya Persekutuan Brazil dan pakar forensik menjalankan pemeriksaan.

Pihak berkuasa telah memulakan siasatan untuk mengenal pasti punca kejadian.

Berdasarkan kajian Bank Dunia, lebih 34,000 orang terkorban dalam kemalangan jalan raya di Brazil pada 2023, dengan kebanyakan mangsapenunggang motosikal. – AGENSI

 
Back
Top
Log in Register