soybean
CG Hardcore Club


- Messages
- 63,243
Paid Membership
- Joined
- Feb 15, 2009
- Messages
- 63,243
- Reaction score
- 4,135
- Points
- 661
Oleh Farihad Shalla Mahmud- Mac 21, 2022 @ 8:30am
[email protected]
KUALA LUMPUR: Hari Seniman Negara yang diraikan pada 29 Mei diubah kepada 22 Mac sempena memperingati tarikh kelahiran Seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P Ramlee.
Mengumumkan perkara itu, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa, berkata Keluarga Malaysia perlu diberi kesedaran nilai kesenimanan dalam diri Seniman Agung yang hingga kini tiada galang gantinya.
Annuar berkata, faktor ini bukan sahaja terletak pada karya Allahyarham dalam industri perfileman sebagai pengarah, pelakon, penggubah lagu, penulis lirik, pemuzik dan pelawak yang sangat hebat, malah sebagai pemuisi, yang menjadi khazanah negara yang sangat berharga dan malar segar.
"Bagi memperingati jasa dan sumbangan Seniman Agung sambutan Hari Seniman Negara akan diadakan pada setiap 22 Mac iaitu sempena tarikh kelahiran P Ramlee.
"Signifikan perubahan tarikh sambutan Hari Seniman Negara ini adalah untuk memperingati jasa serta sumbangan beliau terhadap industri kreatif negara ini selain mengangkat karya P Ramlee yang bukan sahaja berjaya melahirkan lebih ramai tokoh dan pakar industri kreatif, malah, memperkenalkan Malaysia pada mata dunia.