BTC USD 64,283.2 Gold USD 4,481.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

2016 Tesla Model S RM828,000

Lelaki maut terlalu percayakan autopilot kereta

tesla.jpg_1467363190.jpg

Kereta elektrik Tesla Model S yang dilengkapi sistem pemanduan automatik. - Foto EPA/Reuters

Washington: Seorang lelaki yang amat bangga dengan sistem keselamatan dan kecanggihan pemanduan automatik (autopilot) kereta sedan Tesla Model S sehingga menamakan kereta itu ‘Tessy’, menjadi mangsa pertama di Amerika Syarikat terbunuh kerana menggunakan pemanduan automatik itu.

Jabatan Keselamatan Lalu Lintas Kebangsaan yang mengumumkan kematian itu hari ini, menyatakan ia sedang menyiasat reka bentuk dan prestasi sistem pemanduan automatik itu.

Mangsa dikenali sebagai Joshua D Brown, 40, dari Canton, Ohio, terbunuh pada 7 Mei lalu, di Williston, Florida, selepas kamera pemanduan automatik gagal mengesan traktor menarik treler menyebabkan kereta itu tidak membrek.


http://www.hmetro.com.my/node/149357
 
Back
Top
Log in Register