Viere
CG Top Poster Club

- Messages
- 26,579
- Joined
- Aug 8, 2008
- Messages
- 26,579
- Reaction score
- 179
- Points
- 123
BEIJING 29 Feb. - Sekurang-kurangnya 20 orang maut dalam rusuhan di Xinjiang, barat China, wilayah yang pernah menyaksikan beberapa keganasan etnik antara minoriti Uighur dengan China Han.
Menurut agensi berita Xinhua, pertempuran petang semalam di daerah Yecheng itu dicetuskan oleh sekumpulan perusuh bersenjatakan pisau yang bertindak membunuh 10 orang individu.
Media melaporkan, dua daripada perusuh maut ditembak polis.
"Saksi menjelaskan, kumpulan perusuh itu menyerang mangsa di Jalan Xingfu pada kira-kira pukul 6 petang semalam," lapor agensi berita Xinhua.
Stesen Radio Free Asia yang beribu pejabat di Amerika Syarikat (AS) melaporkan, pihaknya menerima e-mel daripada individu Uighur yang tidak dikenali, mendakwa keganasan tercetus akibat kata-kata penghinaan tiga lelaki China Han terhadap seorang remaja Uighur di sebuah pasar di Yecheng.