BTC USD 84,634.3 Gold USD 4,140.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

2 Minit Menakluk Bumi

abuaqif

Fun Poster
Messages
529
Joined
Feb 10, 2011
Messages
529
Reaction score
329
Points
31
12189520_1034449526599875_6858505632274161146_n.jpg


2 Minit Menakluk Bumi

Orang yang paling kaya pada waktu ini adalah Bill Gates dengan kekayaan bersih yang direkodkan sebanyak USD 79.2 billion.

Apa yang boleh dilakukan jika anda mempunyai wang sebanyak itu?

Tahukah anda, jika anda membelanjakan $1 billion selama setahun bermakna anda sedang membelanjakan sebanyak $2,739,726 juta sehari atau $114,155 ribu sejam atau membelanjakan sebanyak $1902 seminit? Itu pun jika anda berjaga tidak tidur selama setahun untuk membelanjakan $1 billion tersebut.

Itu baru $1 billion. Bagaimana jika anda mempunyai $79.2 billion? Cuba tukarkan kepada Ringgit Malaysia.

Menurut Global Wealth Report, pada tahun 2013 jika dikumpulkan kekayaan semua orang di seluruh dunia, jumlah kekayaan yang dihimpunkan adalah sebanyak $241 trillion atau boleh juga ditulis sebanyak $241,000,000,000,000 trillion. Sekali lagi, cuba tukarkan kepada Ringgit Malaysia.

Jika dilihat dari sudut kuasa pula, orang yang paling berkuasa adalah Presiden Rusia, Vladimir Putin dan kedua berkuasa adalah Barack Hussein Obama, Presiden Amerika Syarikat menurut majalah terkemuka dunia, Forbes.

Apabila membicarakan hal ini mungkin ramai yang terlupa bahawa yang sebenarnya, Nabi Sulaiman alaihis salam adalah manusia yang paling kaya dan manusia yang paling berkuasa di dunia dan rekod itu kekal dan tidak akan berubah sepanjang zaman. 'Unbeatable!'.

Buktinya boleh rujuk di dalam Al-Quran apabila Nabi Sulaiman alaihis salam pernah berdoa dan memohon agar diberikan kerajaan yang tidak pernah dimiliki sebelum atau selepas baginda.

رَبِّ اغْفِرْ لِي وَهَبْ لِي مُلْكًا لَا يَنْبَغِي لِأَحَدٍ مِنْ بَعْدِي إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ

"Ya Tuhanku, ampunilah aku dan anugerahkanlah kepadaku kerajaan yang tidak dimiliki oleh seorang jua pun sesudahku. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Pemberi." [QS. Shad: 38]

Jika anda merasa Bill Gates sudah begitu kaya, Vladimir Putin dan Barack Obama dengan kuasa ketenteraan dan kuasa ekonominya sudah begitu berkuasa, bayangkan kerajaan Nabi Sulaiman yang jauh lebih kaya dan jauh lebih berkuasa daripada itu. Hal ini Allah yang 'endorsed'!

Namun rahmat Allah kepada hamba-nya jauh lebih luas dan lebih murah daripada itu semua. Hanya 2 rakaat sebelum Subuh, Allah menjanjikan yang ianya lebih baik dari kekayaan Bill Gates, lebih baik dari kekuasaan Vladimir Putin mahupun Barack Obama, lebih baik dari $241,000,000,000,000 trillion, lebih baik dari kekayaan dan kerajaan Nabi Sulaiman, malah lebih baik dari dunia dan seisinya. MasyaAllah..!

Dari Aisyah Nabi sallallahu alaihi wa sallam bersabda;

رَكْعَتَا الْفَجْرِ خَيْرٌ مِنَ الدُّنْيَا وَمَا فِيهَا

"2 rakaat sebelum Subuh itu lebih baik daripada dunia dan seisinya." [HR. Muslim 725]

Berapa minit untuk 2 rakaat itu? 2 minit?

Join DFB di Telegram! https://telegram.me/drfathulbari

Sumber: Facebook DFB
 
pahala kalau boleh nampak mcm duit..penuh masjid/surau
 
Sama-samalah kita mengumpulkan pahala masing-masing sebelum menuju alam Akhirat.
 
jika 2 rakaat solat sunat sebelum subuh itu begitu tinggi ganjarannya, berapa agaknya ganjaran 2 rakaat solat fardhu subuh berjemaah tu ye. apa yang kita sedia maklum, ganjaran amalan sunat tidak akan dapat mengatasi ganjaran amalan fardhu. wallahu a'lam.
 
jika 2 rakaat solat sunat sebelum subuh itu begitu tinggi ganjarannya, berapa agaknya ganjaran 2 rakaat solat fardhu subuh berjemaah tu ye. apa yang kita sedia maklum, ganjaran amalan sunat tidak akan dapat mengatasi ganjaran amalan fardhu. wallahu a'lam.

benar.. benar..
 
Back
Top
Log in Register