BTC USD 82,752.7 Gold USD 4,169.40
Time now: Jun 1, 12:00 AM

2 maut dihempap mesin piling

sepatutnya bedah siasat kren tu bukannya mangsa
 
wow, bagi dia murahnya nyawa org. settle kes gitu je kalau bagi duit banyak..

macam la dia ingat semua org laparkan duit je. nak jugak tengok dia kena hukum dengan hukuman berat behind bars

Siapa tak nak duit dalam dunia ini sudah terhimpit dalam kemiskinan barang semua naik harga...seseorang kata duit tak boleh memperdaya dalam hidup nanti ada seorang kaya bank In RM10,000,000 ke dalam akaun dia, saya rasa dia tak akan pulang kembali, jangan kata apa duit punya pasal sampai tak nak mengaku ibubapa sendiri. Pernah lihat dalam mata kasar saya sendiri.
 
dah keluar tv. family nak saman. elok lah. saman banyak2 terus. jadikan pengajaran buat kontraktor. banyak sangat kecuaian gini jadi dah.

yang kat pavilion tu sorang mati apa cerita yer? kena saman or senyap je?
 
Nasib baik kerja saya tidak membabitkan risiko kehilangan nyawa seperti ini.
 
jln jem ker masa kemalangan? kalau mesin piling ni nak jatuh mesti mula senget dulu. sket..sket..slowly rebah. takkan terus jatuh?? wallahu'alam.
 
Keluarga mangsa kren akan ambil tindakan undang-undang terhadap syarikat pembinaan

SHAH ALAM - Keluarga mangsa yang maut akibat dihempap kren cerucuk besi di Bandar Baru Bukit Raja di sini semalam mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap syarikat pembinaan yang cuai sehingga menyebabkan dua ahli keluarga mereka meninggal.


Dalam kejadian pada pukul 12.30 tengah hari itu, Abd Rahim Abd Rahman, 51, dan isterinya, Nurhayati Rosli, 46, maut ditempat kejadian akibat cedera parah pada bahagian kepala apabila kereta jenis Perodua Axia yang dinaiki mereka dihempap jentera tersebut.

Menurut anak sulung Abdul Rahim, Muhamad Zahidin Abd. Rahim, 32, pihaknya mahu hukuman setimpal dikenakan terhadap pihak yang bertanggungjawab yang menyebabkan kematian ayah dan ibu tirinya itu.

“Kami sekeluarga telah duduk berbincang dan sebulat suara untuk membawa perkara ini ke muka pengadilan. Justeru kami kini telah mendapatkan peguam untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Ahad hari ini.


Artikel Penuh: http://kosmo.com.my/kosmo/content.a...=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_25.htm#ixzz4P9BvDWq3
 
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون
 
tuan kerja yg jenis berisiko tinggi jugak ke, contoh tempat site ke?

Takdelah... kerja dalam pejabat sahaja.

Risiko nyawa orang atas tangan saya tidak ada.

Kalau bangunan terbakar pun masing2 selamatkan diri sendiri sahaja. :D
 
Back
Top
Log in Register