BTC USD 63,377.6 Gold USD 4,326.66
Time now: Jun 1, 12:00 AM

2 maut digilis lori dekat Tesco Ampang

  • Thread starter Thread starter TT
  • Start date Start date

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,601
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,601
Reaction score
22,873
Points
1,831
image.jpg

Mayat Muhammad Shaqil Anwar Hamzah dan rakannya, Mohammad Ariffin Billah Mohamed Nazir yang meninggal dunia di tempat kejadian setelah digilis oleh lori di Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) berhampiran Tesco Ampang, petang semalam. - UTUSAN ONLINE/IHSAN MEDIA SOSIAL

15203315_203666806754410_4665021115286143115_n.jpg


AMPANG 3 Dis. - Dua rakan sekerja maut selepas motosikal yang mereka naiki terbabas sebelum digilis lori dalam satu kemalangan ngeri di Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2), berhampiran Tesco Ampang, petang semalam.

Dalam kejadian pukul 6.25 petang itu mangsa, Muhammad Shaqil Anwar Hamzah, 21, dan Mohammad Ariffin Billah Mohamed Nazir, 21, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan di kepala dan badan.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Hamzah Alias berkata, kemalangan itu berlaku selepas motosikal jenis Yamaha 125Z ditunggangi mereka hilang kawalan akibat terlanggar sebuah kereta Perodua Alza.

“Akibat daripada insiden itu kedua-dua mangsa terjatuh di lorong tengah lebuh raya sebelum digilis lori terbabit. Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.

Hamzah berkata, mayat kedua-dua mangsa telah dibawa ke Hospital Ampang untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada anggota keluarga untuk urusan pengebumian.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.


- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nah...ut-digilis-lori-1.415763#sthash.u1knsbpj.dpuf
 
Last edited:
dkt tesco cheras pun ade exsident semalam..
 
Innalillahi wainnailaihi roji'un...
Allahummaghfirlahu warhamhu wa'afihi wa'fuanhu..
 
Al- Fatihah.. takziah buat keluarga mangsa
 
Allah...
Ni smlm mmg jem smpi ke malam
 
Allah lebih sayangkan mereka.. muda lagi tu
 
Tengok jalan basah
berhati2 musim ujan ni
 
Back
Top
Log in Register