TT
CG Super Hardcore Club

- Messages
- 166,601
- Joined
- Jan 13, 2009
- Messages
- 166,601
- Reaction score
- 22,873
- Points
- 1,831
ALOR SETAR 10 Dis. – Dua adik beradik kanak-kanak perempuan yang dipercayai terkena jangkitan kencing tikus dan sedang menerima rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini, dilaporkan dalam keadaan stabil.
Menurut ibu saudara mangsa, Norlaila Mohamad, 32, anak saudaranya iaitu Nur Syazana Zir Omar Khan, 5, dan Zaharah Alisa, 3, menunjukkan tanda-tanda positif terhadap rawatan yang diterima mereka.
“Saya bersyukur kerana mereka telah beransur sihat, namun kedua-duanya masih memerlukan pemantauan rapi doktor. Saya berharap mereka berdua segera sembuh dan bebas daripada penyakit kencing tikus,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Pada 6 Disember lalu, Utusan Malaysia melaporkan seorang kanak-kanak perempuan, Amirah Maisarah Zir Omar Khan, 8, meninggal dunia di HSB kerana dipercayai menghidap penyakit kencing tikus atau leptospirosis.
Amirah Maisarah bersama empat lagi ahli keluarganya telah berkelah di sebuah pusat rekreasi di Titi Hayun, Yan pada 20 November lalu.
Mangsa menunjukkan tanda-tanda jangkitan penyakit kencing tikus pada 2 Disember lalu apabila mengalami demam panas sehingga diserang sawan.
Dua adiknya, Nur Syazana serta Zaharah Alisa juga dipercayai ter-kena jangkitan kencing tikus dan sampel darah mereka telah dihantar ke Institut Penyelidikan Perubatan (IMR), Kuala Lumpur untuk ujian lanjut.
Sementara itu ibu mangsa, Siti Zaleha Ramlan, 32, dan bapa mereka, Zir Omar Khan, 35, didapati negatif jangkitan kencing tikus setelah menjalani ujian awal di HSB.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nah...ing-tikus-stabil-1.35062#sthash.3dbCKyCL.dpuf