BTC USD 63,759.0 Gold USD 4,329.96
Time now: Jun 1, 12:00 AM

2 lagak ejen cari kerja antarabangsa ditahan

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
KUALA LUMPUR: Taksub ingin bekerja di luar negara menyebabkan beberapa mangsa kerugian ribuan ringgit apabila diperdaya dua wanita yang mengaku ejen mencari kerja di negara ini.
Suspek yang berusia 46 dan 49 tahun itu bertindak licik dengan menjadikan seorang pemandu teksi sebagai orang tengah bagi mendapatkan pekerja yang kononnya akan ditempatkan di ladang di Australia.


Menurut sumber, semuanya bermula apabila pemandu teksi itu sering membawa kedua-dua suspek terbabit ke sebuah pusat peranginan terkenal sejak awal Ogos lalu.


“Pada masa sama, suspek memberitahu mereka bekerja dengan sebuah agensi pekerjaan antarabangsa yang ingin mendapatkan khidmat rakyat tempatan,” katanya.


Sebagai imbuhan, pemandu teksi diberi upah RM500 bagi seorang pekerja.


“Suspek meminta mangsa mencari 18 pekerja dan setiap pekerja perlu membayar RM1,650 bagi urusan tiket kapal terbang dan permit pekerjaan.


“Setiap pekerja dijanjikan gaji RM9,000 hingga RM11,000 sebulan,” katanya.


Katanya, selepas mendapat bayaran daripada 18 mangsa yang berminat untuk bekerja di negara itu, pemandu teksi terbabit menyerahkan wang pendahuluan RM29,700 kepada suspek di sebuah pasar raya di Cheras, di sini.


“Pada masa sama, suspek mendakwa syarikatnya memerlukan 42 orang lagi. Namun, kali ini suspek meminta bayaran pendahuluan RM500 bagi setiap pekerja.


“Mangsa yang dijanjikan wang komisen meminjam wang daripada keluarganya. Selepas seminggu menanti, suspek gagal dihubungi menyebabkan mangsa dan adiknya membuat semakan di Kedutaan Australia dan agensi pekerjaan terbabit.


“Mangsa diberitahu agensi terbabit mereka tidak pernah mengadakan urusan dengan suspek menyebabkan mangsa mengesyaki dia ditipu dan membuat laporan polis,” katanya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Izany Abd Ghani, berkata bertindak atas laporan mangsa Ahad lalu, pihaknya menahan kedua-dua suspek di sebuah rumah di Cheras, baru-baru ini.


“Kedua-dua suspek direman empat hari dan disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu,” katanya.
 
Back
Top
Log in Register