eboss
CG Hardcore

- Messages
- 85,650
Paid Membership
- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,650
- Reaction score
- 1,896
- Points
- 591
KUALA LUMPUR: Surau di sebuah flet di Kampung Kerinchi di sini, yang sedang menguruskan jenazah kecoh seketika berikutan pergaduhan dua kumpulan lebih 20 lelaki warga asing berpunca daripada tidak puas hati sesama mereka, pagi kelmarin.
Pergaduhan lebih 10 minit membabitkan dua kumpulan di hadapan surau itu menyebabkan penduduk sekitar terutama yang sedang melawat jenazah terganggu, selain khuatir perkara buruk berlaku.
Dalam kejadian jam 8.30 pagi itu, penduduk cuba meleraikan pergaduhan dua kumpulan itu, tetapi gagal menyebabkan mereka menghubungi polis bagi meminta bantuan.
Polis yang dihubungi kemudian menahan dua lelaki daripada kumpulan terbabit manakala selebihnya melarikan diri.
Menurut sumber, sebelum kejadian, dua kumpulan warga asing itu membuat kacau dengan meninggikan suara masing-masing tanpa menghiraukan orang ramai yang datang menziarahi jenazah di surau berdekatan.
“Kedua kumpulan berkenaan menjerit dengan kuat dan cuba memukul satu sama lain tanpa menghiraukan orang ramai yang ada di situ,” katanya.
Sumber berkata, ada penduduk cuba meleraikan pergaduhan itu, tetapi gagal.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields, Superintendan Azri Abd Rahman, ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.