balqis07
CG Top Poster Club

- Messages
- 30,953
Paid Membership
- Joined
- Jan 27, 2010
- Messages
- 30,953
- Reaction score
- 294
- Points
- 136
SEBUAH kereta Toyota Vios yang terbabas didapati membawa dua ekor lembu di Kilometer 324.6 Lebuh Raya Pantai Timur 2 arah ke Kuantan berhampiran Dungun kelmarin.
KUALA TERENGGANU – Sebuah kereta jenis Toyota Vios yang ditemui tersadai selepas terbabas di Kilometer 324.6 Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) arah ke Kuantan berhampiran Dungun dekat sini kelmarin didapati membawa dua ekor lembu di bahagian tempat duduk belakang kereta itu.
Ketua Polis Da*erah Dungun, Superintendan Ahmad Zailani Yaacob (gambar kecil) berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam mengenai kereta berkenaan pada pukul 11 pagi sebelum menghantar anggota polis ke lokasi kejadian.
“Anggota polis yang tiba di lokasi kemudian melakukan pemeriksaan dan menemui dua ekor lembu yang disyaki dicuri berada di dalam kereta itu.
“Kami percaya lembu tersebut mungkin dicuri dari kawasan Ajil atau daerah lain kerana setakat ini polis masih belum me*nerima sebarang laporan kehilangan lembu di sekitar Dungun,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Ahad semalam.
sumber;http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1227&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm