lempeng
Fun Poster
- Messages
- 895
- Joined
- Dec 16, 2005
- Messages
- 895
- Reaction score
- 145
- Points
- 23
Kematian Tragis Pencetus Kejadian Angker di Sekolah
Okeh, ni antara cerita seram popular kat sekolah aku. Ada satu hantu pompuan ni dikatakan kononnya menjaga seorang pelajar yang rupa dia sebijik macam anak dia yang dah meninggal dunia. Anaknya dulu belajar kat sekolah tu.
Kehadiran entiti ni boleh dikesan dengan kesan hijau yang melekat pada benda-benda yang tiba-tiba jadi kemas atau bersih. Contoh macam kalau budak tu sangkut baju sekolah yang masih berkedut sebab ingat nak gosok pagi-pagi nanti… tup-tup esok paginya bila dia bangun tidur baju tu dah siap bergosok kemas, tapi ada kesan tompok hijau yang misterius kat situ.
Kematian Tragis Pemain Ragbi
Kisah seterusnya adalah pasal seorang pemain ragbi yang meninggal dunia akibat kecederaan parah – patah lehernya dalam satu perlawanan. Menurut cerita, masa dia tengah terbaring tengah padang dalam keadaan nazak, dia sempat cakap kat coach dia:
“Coach, nak air coach…”
Coach pun cepat-cepat suruh budak penyedia minuman ambilkan air, tapi belum sempat diberikan minum air tu, pemain ragbi tu dah menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Suatu malam masa warden tengah bertugas meronda asrama, coach ni tadi melepak dalam bilik khas untuk warden asrama sementara menunggu si warden selesai tugas, sebab lepas tu giliran dia pulak untuk meronda pusing asrama malam tu..
Bilik tu menghadap padang dan coach bukak tingkap bilik seluas-luasnya nak bagi udara malam yang sejuk dan segar masuk. Lepas tu dia mula menggunakan masa tersebut untuk memeriksa kertas-kertas tugasan pelajar.
Masa tengah tekun buat kerja di mejanya tu, dia terdengar bunyi macam daun pokok bergesel ditiup angin kat tingkap, dia ingat macam tulah sebab memang ada pokok besau kat tepi bangunan tu.
Dia persetankan saja bunyi tu dan teruskan kerja hingga dia mendengar satu suara yang dia tak akan lupa sampai bila-bila sejak kejadian sedih lagi tragis tu berlaku…
“Coach..coach…” lemah je bunyi suara tu. Terus dia berpaling memandang ke arah suara tu datang. Muka dia terus jadi pucat lesi… Dia nampak jelmaan budak ragbi yang dah meninggal tu tengah berdiri kat muka pintu dengan leher terkulai sedang merenung dia dengan sayu sambil berkata dengan perlahan…..
“Coach, nak air coach…”
Coach tu menjerit sekuat-kuat hati akibat terkejut dan ketakutan melampau lalu beliau melompat keluar ikut tingkap (mujurlah bilik warden tu kat level bawah aje) dan memecut lari lintang-pukang ke pondok pengawal keselamatan.
Sejak hari tu, nama budak tu jadi legenda, dan tak ada sorang pun warden berani duduk dalam bilik tu sorang-sorang lagi. Dan akibat kejadian tu juga, semua orang mengelak dari pegi padang sekolah tu waktu malam. Tapi biasalah, manusia ni kan mudah lupa. Masa pun berlalu dan dah tak dengar lagi cerita angker pasal tu.
Masa latihan berlangsung dengan muzik berdentam-dentum, warden ni rasa agak pening serta letih dan nak pegi hirup udara segar sikit. Dia pun berjalanlah ke padang untuk buat regangan badan. Dia berdiri dalam gelap agak lama sebelum cikgu muzik panggil dia balik untuk mengopi (minum kopi).
Tapi tiba-tiba,warden tu membongkokkan badan dan pasang kuda-kuda dan lepas tu terus berlari ke tengah padang serta beraksi macam tengah main ragbi!
Seluruh pasukan pancaragam terkejut. Beberapa orang senior cuba nak tangkap dan tahan dia, tapi dia rempuh dorang semua macam bulldozer. Warden tu bukan jenis yang aktif bersukan pun, tapi dia lari macam orang kena rasuk sampaikan walaupun muka dia dah nampak penat giler, badan dia masih tak boleh berhenti terus berlari laju ke hulu hilir padang.
Cecepat pengetua dan warden lain dipanggil. Nasib baik ketua warden yang juga merangkap coach ragbi berjaya tumbangkan warden yang kesurupan tu.
Dengan bantuan seorang ustaz, akhirnya dia berjaya dipulihkan. Peristiwa tu membuat semua orang terimbas kembali tragedi yang menyayat hati yang pernah berlaku kat padang sekolah tu…
Aku ada beberapa cerita seram yang berlaku kat sekolah aku dulu, SMK Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSAAS). Ni sekolah paling lama kat Shah Alam dan kalau tak silap aku, ia dah wujud sejak tahun 1980-an.
Tapi biasalah, budak-budak sekolah kan suka mencari ‘cabaran’ dan cari penyakit. Satu hari Sabtu, sekumpulan budak pancaragam datang awal giler ke sekolah pukul 5:30 pagi sebab ada latihan. Sementara tunggu siang dan cikgu dan staf sekolah datang, dorang rasa teruja dan teringin nak cuba melanggar pantang dengan memanggil nama si mati tu kuat2 sambil berjalan keliling blok tu.
Tiba-tiba, dorang nampak seorang budak perempuan pakai uniform sekolah berwarnaputih, rambut dia panjang menutupi muka, berdiri kat tingkat atas. Yang paling gila seram - mata dia merah menyala, tengah memandang dorang dengan tajam dari atas.
Dorang lari macam tak cukup tanah menyelamatkan diri terus pergi ke 7-Eleven yang terletak kat seberang sekolah dan tunggu aje di sana sampai matahari terbit.
Blok tempat budak tu bunuh diri tu memang terkenal paling berhantu. Kalau tak silap, tak ada kelas kat situ - cuma ada makmal, stor, bilik utiliti dan perpustakaan. Dan... perpustakaan tu antara tempat paling berhantu dalam sekolah.
Perpustakaan tu akan ditutup lepas pukul 5 petang, dan pelajar tak dibenarkan pergi ke blok tu waktu malam. Banyak cerita pasal orang nampak budak perempuan bermata merah tengah memandang balik kalau kau jenguk tingkap makmal komputer atau perpustakaan.
Aku menuntut kat sekolah ni selama 4 tahun sebelum pindah ke sekolah lain, so aku sendiri pun pernah alami benda seram kat sini.
Suatu hari, aku dengan geng aku ponteng kelas (ironinya, kitorang semua pengawas) dan lepak kat bilik mesyuarat pengawas. Dalam bilik kecik tu, ada dalam 6 orang duduk melepak kat sofa bentuk ‘L’ sambil borak kosong dan bergurau-senda.
Entah kenapa, salah sorang dari kami dapat idea "bijak" untuk start sesi cerita hantu. So, kitorang pun gilir-gilir kongsi kisah seram sambil sembang pasal movie citer hantu yang terbaru.
Yang duduk sebelah aku ni, seorang gadis bernama Nana yang pernah ada sejarah kena rasuk sebelum ni. Tengah syok bercerita, aku perasan N diam tegak sambil matanya hanya merenung kat satu almari di penjuru bilik. Aku panggil nama dia, tapi dia tak menyahut.
Nana mula tersenyum lebar…tapi lebarnya lain maciam sangat. Lepas tu perlahan2 dia sengetkan kepala ke kiri dan ke kanan sambil humming lagu pelik.
Kitorang semua saling berpandangan dan tanpa sepatah kata masing2 cabut lari keluar dari bilik tu macam kene kejar anjing gila. Kemudian dari luar pintu kaca, kitorang intai ke dalam dan nampak Nana duduk dalam bilik sambill tersengih-sengih tengok almari.
Dalam beberapa saat je dia macam tu, tiba-tiba Nana menjerit nyaring dan terus berlari keluar dari bilik, naik ke tandas perempuan tingkat atas. Kitorang masuk balik bilik tu cuba nak faham apakebendakah yang baru terjadi.
Beberapa minit kemudian, Nana datang balik dengan muka blur dan minta maaf. Dia cakap dia tak ingat langsung apa yang berlaku kat dia tadi. Dia cuma ingat diri dia tengah berlari naik ke tandas perempuan - dan sepanjang dia naik tangga tu, dia rasa ada tangan pegang kaki dia dari bawah.
Dulu Nana pernah cerita kat aku pengalaman dia kena rasuk paling teruk. Masa tu, dia baru je sedar lepas dirasuk, dan ada seorang ustaz tengah urut leher dia kat kantin sambil bacakan surah.
Tiba-tiba, ada suara membisikkan sesuatu dalam telinga dia. Dia pun toleh ke kiri dan hanya beberapa inci je dari depan muka dia, ada seorang budak perempuan dengan muka hitam legam terbakar dengan rambut panjang menutupi separuh muka, tengah memandang dia dengan tajam.
Nana pun apalagi terus menjerit sekuat hati macam nak terkeluar anak tekak dan lari sepantas kilat, sampai beberapa orang kena kejar dan pegang dia sebab dia tak berhenti-henti lari.
Waktu kejadian, aku tengah buat hal aku sendiri dan tiba-tiba nampak Nana berlari melintas depan aku sambil menjerit kuat giler. Sumpah meremang bulu roma aku dibuatnya.
Tapi yang paling hardcore, kes histeria besar-besaran tahun akhir aku kat sekolah. Satu minggu tu, setiap hari sekurang-kurangnya dalam 10 orang musti kena rasuk.
Khabarnya, pasukan sorak sekolah pergi ke sebuah stadium di sekolah lain untuk beri sokongan masa acara sukan. Bila balik sekolah, diorang terbawak balik "sesuatu" dari stadium tu. Tapi "penghuni asal" sekolah tersebut tak puas hati dan mengamuk.
Akibatnya, satu sekolah kena tutup selama seminggu untuk buat upacara pembersihan. Semua perabot kena bawak keluar dan direnjis dengan air yang dah dirukyahkan dan satu sekolah ditaburkan dengan garam. Sejak hari tu, siapa yang tak percaya benda ghaib, confirm tukar fikiran.
Nota Penting:
Cerita-cerita dalam koleksi ini adalah adaptasi peribadi yang dikumpul dari internet dan diolah semula dalam gaya penulisan aku sendiri.
Kalau rasa cerita ni "macam familiar je" sebab pernah tengok kat tempat lain — mungkin sebab ada yang suka salin, tapi tak pernah faham jiwa.
Dalam dunia konten, idea ibarat nyawa — Tapi bila kau salin tanpa rasa, yang tinggal cuma kulit.
-lempeng-
Okeh, ni antara cerita seram popular kat sekolah aku. Ada satu hantu pompuan ni dikatakan kononnya menjaga seorang pelajar yang rupa dia sebijik macam anak dia yang dah meninggal dunia. Anaknya dulu belajar kat sekolah tu.
Kehadiran entiti ni boleh dikesan dengan kesan hijau yang melekat pada benda-benda yang tiba-tiba jadi kemas atau bersih. Contoh macam kalau budak tu sangkut baju sekolah yang masih berkedut sebab ingat nak gosok pagi-pagi nanti… tup-tup esok paginya bila dia bangun tidur baju tu dah siap bergosok kemas, tapi ada kesan tompok hijau yang misterius kat situ.
Kematian Tragis Pemain Ragbi
Kisah seterusnya adalah pasal seorang pemain ragbi yang meninggal dunia akibat kecederaan parah – patah lehernya dalam satu perlawanan. Menurut cerita, masa dia tengah terbaring tengah padang dalam keadaan nazak, dia sempat cakap kat coach dia:
“Coach, nak air coach…”
Coach pun cepat-cepat suruh budak penyedia minuman ambilkan air, tapi belum sempat diberikan minum air tu, pemain ragbi tu dah menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Suatu malam masa warden tengah bertugas meronda asrama, coach ni tadi melepak dalam bilik khas untuk warden asrama sementara menunggu si warden selesai tugas, sebab lepas tu giliran dia pulak untuk meronda pusing asrama malam tu..
Bilik tu menghadap padang dan coach bukak tingkap bilik seluas-luasnya nak bagi udara malam yang sejuk dan segar masuk. Lepas tu dia mula menggunakan masa tersebut untuk memeriksa kertas-kertas tugasan pelajar.
Masa tengah tekun buat kerja di mejanya tu, dia terdengar bunyi macam daun pokok bergesel ditiup angin kat tingkap, dia ingat macam tulah sebab memang ada pokok besau kat tepi bangunan tu.
Dia persetankan saja bunyi tu dan teruskan kerja hingga dia mendengar satu suara yang dia tak akan lupa sampai bila-bila sejak kejadian sedih lagi tragis tu berlaku…
“Coach..coach…” lemah je bunyi suara tu. Terus dia berpaling memandang ke arah suara tu datang. Muka dia terus jadi pucat lesi… Dia nampak jelmaan budak ragbi yang dah meninggal tu tengah berdiri kat muka pintu dengan leher terkulai sedang merenung dia dengan sayu sambil berkata dengan perlahan…..
“Coach, nak air coach…”
Coach tu menjerit sekuat-kuat hati akibat terkejut dan ketakutan melampau lalu beliau melompat keluar ikut tingkap (mujurlah bilik warden tu kat level bawah aje) dan memecut lari lintang-pukang ke pondok pengawal keselamatan.
Sejak hari tu, nama budak tu jadi legenda, dan tak ada sorang pun warden berani duduk dalam bilik tu sorang-sorang lagi. Dan akibat kejadian tu juga, semua orang mengelak dari pegi padang sekolah tu waktu malam. Tapi biasalah, manusia ni kan mudah lupa. Masa pun berlalu dan dah tak dengar lagi cerita angker pasal tu.
Satu malam, pasukan pancaragam sekolah bercadang nak buat latihan kat tempat duduk stadium padang - konon nak buat kelainan sikit. Seperti biasa, seorang warden lelaki ditugaskan untuk pantau latihan diorang.Masa latihan berlangsung dengan muzik berdentam-dentum, warden ni rasa agak pening serta letih dan nak pegi hirup udara segar sikit. Dia pun berjalanlah ke padang untuk buat regangan badan. Dia berdiri dalam gelap agak lama sebelum cikgu muzik panggil dia balik untuk mengopi (minum kopi).
Tapi tiba-tiba,warden tu membongkokkan badan dan pasang kuda-kuda dan lepas tu terus berlari ke tengah padang serta beraksi macam tengah main ragbi!
Seluruh pasukan pancaragam terkejut. Beberapa orang senior cuba nak tangkap dan tahan dia, tapi dia rempuh dorang semua macam bulldozer. Warden tu bukan jenis yang aktif bersukan pun, tapi dia lari macam orang kena rasuk sampaikan walaupun muka dia dah nampak penat giler, badan dia masih tak boleh berhenti terus berlari laju ke hulu hilir padang.
Cecepat pengetua dan warden lain dipanggil. Nasib baik ketua warden yang juga merangkap coach ragbi berjaya tumbangkan warden yang kesurupan tu.
Dengan bantuan seorang ustaz, akhirnya dia berjaya dipulihkan. Peristiwa tu membuat semua orang terimbas kembali tragedi yang menyayat hati yang pernah berlaku kat padang sekolah tu…
Kisah Seram Sekolah SSAASAku ada beberapa cerita seram yang berlaku kat sekolah aku dulu, SMK Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSAAS). Ni sekolah paling lama kat Shah Alam dan kalau tak silap aku, ia dah wujud sejak tahun 1980-an.
Baiklah, aku mula dengan cerita yang aku dengar masa belajar kat sana dulu. Dulu-dulu, ada seorang pelajar perempuan yang bunuh diri kat sekolah ni - dia terjun dari salah satu blok sekolah dan mati serta-merta. Sejak kejadian tu, adalah menjadi pantang-larang untuk sesiapa cuba sebut nama dia kuat-kuat dekat blok tempat dia bunuh diri tu (nama blok tu Blok Kemboja, FYI).Tapi biasalah, budak-budak sekolah kan suka mencari ‘cabaran’ dan cari penyakit. Satu hari Sabtu, sekumpulan budak pancaragam datang awal giler ke sekolah pukul 5:30 pagi sebab ada latihan. Sementara tunggu siang dan cikgu dan staf sekolah datang, dorang rasa teruja dan teringin nak cuba melanggar pantang dengan memanggil nama si mati tu kuat2 sambil berjalan keliling blok tu.
Tiba-tiba, dorang nampak seorang budak perempuan pakai uniform sekolah berwarnaputih, rambut dia panjang menutupi muka, berdiri kat tingkat atas. Yang paling gila seram - mata dia merah menyala, tengah memandang dorang dengan tajam dari atas.
Dorang lari macam tak cukup tanah menyelamatkan diri terus pergi ke 7-Eleven yang terletak kat seberang sekolah dan tunggu aje di sana sampai matahari terbit.
Blok tempat budak tu bunuh diri tu memang terkenal paling berhantu. Kalau tak silap, tak ada kelas kat situ - cuma ada makmal, stor, bilik utiliti dan perpustakaan. Dan... perpustakaan tu antara tempat paling berhantu dalam sekolah.
Perpustakaan tu akan ditutup lepas pukul 5 petang, dan pelajar tak dibenarkan pergi ke blok tu waktu malam. Banyak cerita pasal orang nampak budak perempuan bermata merah tengah memandang balik kalau kau jenguk tingkap makmal komputer atau perpustakaan.
Aku menuntut kat sekolah ni selama 4 tahun sebelum pindah ke sekolah lain, so aku sendiri pun pernah alami benda seram kat sini.
Suatu hari, aku dengan geng aku ponteng kelas (ironinya, kitorang semua pengawas) dan lepak kat bilik mesyuarat pengawas. Dalam bilik kecik tu, ada dalam 6 orang duduk melepak kat sofa bentuk ‘L’ sambil borak kosong dan bergurau-senda.
Entah kenapa, salah sorang dari kami dapat idea "bijak" untuk start sesi cerita hantu. So, kitorang pun gilir-gilir kongsi kisah seram sambil sembang pasal movie citer hantu yang terbaru.
Yang duduk sebelah aku ni, seorang gadis bernama Nana yang pernah ada sejarah kena rasuk sebelum ni. Tengah syok bercerita, aku perasan N diam tegak sambil matanya hanya merenung kat satu almari di penjuru bilik. Aku panggil nama dia, tapi dia tak menyahut.
Nana mula tersenyum lebar…tapi lebarnya lain maciam sangat. Lepas tu perlahan2 dia sengetkan kepala ke kiri dan ke kanan sambil humming lagu pelik.
Kitorang semua saling berpandangan dan tanpa sepatah kata masing2 cabut lari keluar dari bilik tu macam kene kejar anjing gila. Kemudian dari luar pintu kaca, kitorang intai ke dalam dan nampak Nana duduk dalam bilik sambill tersengih-sengih tengok almari.
Dalam beberapa saat je dia macam tu, tiba-tiba Nana menjerit nyaring dan terus berlari keluar dari bilik, naik ke tandas perempuan tingkat atas. Kitorang masuk balik bilik tu cuba nak faham apakebendakah yang baru terjadi.
Beberapa minit kemudian, Nana datang balik dengan muka blur dan minta maaf. Dia cakap dia tak ingat langsung apa yang berlaku kat dia tadi. Dia cuma ingat diri dia tengah berlari naik ke tandas perempuan - dan sepanjang dia naik tangga tu, dia rasa ada tangan pegang kaki dia dari bawah.
Dulu Nana pernah cerita kat aku pengalaman dia kena rasuk paling teruk. Masa tu, dia baru je sedar lepas dirasuk, dan ada seorang ustaz tengah urut leher dia kat kantin sambil bacakan surah.
Tiba-tiba, ada suara membisikkan sesuatu dalam telinga dia. Dia pun toleh ke kiri dan hanya beberapa inci je dari depan muka dia, ada seorang budak perempuan dengan muka hitam legam terbakar dengan rambut panjang menutupi separuh muka, tengah memandang dia dengan tajam.
Nana pun apalagi terus menjerit sekuat hati macam nak terkeluar anak tekak dan lari sepantas kilat, sampai beberapa orang kena kejar dan pegang dia sebab dia tak berhenti-henti lari.
Waktu kejadian, aku tengah buat hal aku sendiri dan tiba-tiba nampak Nana berlari melintas depan aku sambil menjerit kuat giler. Sumpah meremang bulu roma aku dibuatnya.
Tapi yang paling hardcore, kes histeria besar-besaran tahun akhir aku kat sekolah. Satu minggu tu, setiap hari sekurang-kurangnya dalam 10 orang musti kena rasuk.
Khabarnya, pasukan sorak sekolah pergi ke sebuah stadium di sekolah lain untuk beri sokongan masa acara sukan. Bila balik sekolah, diorang terbawak balik "sesuatu" dari stadium tu. Tapi "penghuni asal" sekolah tersebut tak puas hati dan mengamuk.
Akibatnya, satu sekolah kena tutup selama seminggu untuk buat upacara pembersihan. Semua perabot kena bawak keluar dan direnjis dengan air yang dah dirukyahkan dan satu sekolah ditaburkan dengan garam. Sejak hari tu, siapa yang tak percaya benda ghaib, confirm tukar fikiran.
Nota Penting:
Cerita-cerita dalam koleksi ini adalah adaptasi peribadi yang dikumpul dari internet dan diolah semula dalam gaya penulisan aku sendiri.
Kalau rasa cerita ni "macam familiar je" sebab pernah tengok kat tempat lain — mungkin sebab ada yang suka salin, tapi tak pernah faham jiwa.
Dalam dunia konten, idea ibarat nyawa — Tapi bila kau salin tanpa rasa, yang tinggal cuma kulit.
-lempeng-
Attachments
-
803 KB Views: 16
Last edited: