BTC USD 76,704.6 Gold USD 4,373.35
Time now: Jun 1, 12:00 AM

2 Cedera Pesawat Ringan Terhempas Di Perak

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,559
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,559
Reaction score
7,740
Points
916
08.12.2025 - Seorang juruterbang dan pelatihnya cedera selepas pesawat ringan dinaiki mereka terhempas di kawasan lapang dekat Lapangan Terbang Tekah di Taiping. Ketua Polis Taiping, Mohamad Nasir Ismail, berkata pihaknya menerima maklumat membabitkan pesawat jenis microlight kira-kira 10.30 pagi semalam, selepas panggilan diterima melalui sistem NG MERSS 999. Beliau berkata, pesawat itu dilaporkan mengalami kerosakan enjin dan terpaksa melakukan pendaratan cemas di kawasan lapang terbabit.​

1765172414733.png

“Sepasukan anggota polis digerakkan ke lokasi kejadian bagi menjalankan pemantauan serta penilaian awal. Kedua-dua mangsa merupakan lelaki berusia 46 serta 40 tahun yang dibawa ke Hospital Taiping untuk rawatan lanjut dan dalam keadaan stabil,” katanya menurut Sinar Harian.

Berita asal https://www.freemalaysiatoday.com/c...08/2-cedera-pesawat-ringan-terhempas-di-perak
 
Back
Top
Log in Register