BTC USD 63,323.9 Gold USD 4,327.97
Time now: Jun 1, 12:00 AM

2 beranak dituduh bunuh amah

izack1981

Legendary Member
gem
Messages
10,374
Paid Membership
Joined
Feb 15, 2007
Messages
10,374
Reaction score
61
Points
120
MELAKA: Dua minggu selepas kematian seorang pembantu rumah warga Indonesia dipercayai didera majikannya, seorang wanita bersama anak lelakinya dituduh di Mahkamah Majistret, di sini, semalam.

Kedua-dua tertuduh iaitu pelajar universiti di Australia, K Kannan, 26, dan ibunya, K Letchmy II, 55, yang juga pengusaha kantin kolej didakwa mencapai niat bersama membunuh Nurul Aidah M Nur, 31, di sebuah rumah di No 143-J, Jalan Mawar 6, Taman Peringgit Jaya, dekat sini, pada 21 Januari lalu, kira-kira jam 5.30 pagi.

Kedua-dua mereka dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, sabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati.

Selepas dibacakan pertuduhan oleh jurubahasa mahkamah dalam bahasa Tamil, kedua-dua tertuduh mengangguk faham, namun tiada pengakuan direkodkan Majistret Muhamad Faizal Ismail.

Timbalan Pendakwa Raya, Haslinda Abu Bakar dibantu Timbalan Pendakwa Raya, Salwa Mhd Asrar memohon mahkamah menetapkan tarikh sebutan baru berikutan laporan kimia dan perubatan belum diperoleh pihak pendakwaan.

Mahkamah menetapkan kes untuk sebutan pada 6 April depan.

Terdahulu, kedua-dua tertuduh yang diwakili peguam, MK Shashi dibawa secara berasingan ke mahkamah dengan Letchmy tiba kira-kira jam 9 pagi, manakala anaknya itu pula dibawa pada jam 12 tengah hari.

Turut dibawa ke mahkamah empat tertuduh lain termasuk suami Letchmy, pemandu teksi dan ejen pembantu rumah serta rakannya.

Kes berkenaan mendapat liputan media daripada Indonesia berpangkalan di Kuala Lumpur.
 
nampak sangat mereka ni nak lepas geram kepada orang melayu islam tak dapat indon pun jadilah

sepatutnya dah sampai masa kerajaan mengubal dasarnya orang islam dilarang bekerja dengan orang non muslim
 
ape lah dosa amah tu
 
Back
Top
Log in Register