BTC USD 63,157.2 Gold USD 4,326.02
Time now: Jun 1, 12:00 AM

2 beranak cedera 'bertarung' dengan peragut.

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,505
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,505
Reaction score
38,198
Points
2,836
ragut22a.transformed.jpg

BALING: Dua beranak cedera di tangan dan kaki apabila motosikal ditunggang mereka terbabas selepas diragut seorang lelaki di Jalan Baling-Kupang, berdekatan pekan lama Pulai, tengah hari tadi

Kejadian berlaku kira-kira jam 12 tengah hari ketika Shakinah Md Derani, 42, dari Kampung Setol, Pulai bersama anak perempuannya, Nurul Izzati Ibrahim,16, dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menjalani pemeriksaan kesihatan di sebuah farmasi di pekan Baling

Berdasarkan maklumat, kejadian berlaku apabila seorang lelaki bermotosikal cuba meragut beg di riba Shakinah, yang membonceng motosikal ditunggang anaknya

Berlaku tarik-menarik antara Shakinah dan suspek sehingga menyebabkan motosikal dua beranak berkenaan terbabas

Akibat kejadian itu, Nurul Izzati cedera di dahi, kedua-dua lutut, siku dan tangan, manakala Shakinah pula cedera pada kedua-dua kaki dan tangan, selain paha sebelah kanan

Mereka kemudian dihantar ke Hospital Baling dengan bantuan penduduk untuk rawatan

Kejadian menimpa dua beranak itu turut dimuat naik ke laman sosial Facebook sehingga menjadi viral dengan beberapa foto suspek yang dicekup penduduk turut disertakan

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shariffuddin Yusuf, mengesahkan kejadian itu, termasuk tangkapan ke atas lelaki yang dipercayai suspek

"Suspek yang turut cedera selepas diberkas penduduk, dihantar ke Hospital Baling untuk rawatan dan kini ditahan untuk siasatan lanjut," katanya

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/204867
 
kaki ikat,tindih lagi dengan motor :)) mana mau lari haa
 
Buat keje sorg kalau silap langkah mmg senang kn tangkap.
 
Patut, ekzos panas tu hempap peragut, baru ada akei...
 
kalu meragut area kampung....waktu plak ramai....mmg cari nahas le.....keke
 
wah kasi hempap dgn moto

muka tu tepek sekali kt ekzos cara gak
 
Nanti lepas kena hukum 4-5 bulan kat lokap, keluar buat balik.
Manusia macam ni dah tak berguna lagi dah.
Selagi tiada hukuman berat dikenakan, jenayah macam ni tak akan berkurangan.
 
Back
Top
Log in Register