BTC USD 75,879.3 Gold USD 4,332.58
Time now: Jun 1, 12:00 AM

2 ahli majlis DAP belum letak jawatan, kata datuk bandar Melaka

afwan83

Active+ Member
Messages
3,217
Joined
Aug 4, 2011
Messages
3,217
Reaction score
12
Points
25

2 ahli majlis DAP belum letak jawatan, kata datuk bandar Melaka​

cf7e0594-melaka-city-council-mbmb-mbmb-pic-16726.jpg

Datuk Bandar MBMB Shadan Othman kata isu politik dan pentadbiran adalah berbeza. (Gambar MBMB)

Beliau berkata MBMB tidak ada menerima peletakan jawatan daripada dua ahli majlis itu, yang dilantik atas kuota parti politik, maka pelantikan mereka masih sah dan perlu menjalankan tugas seperti biasa.

“Isu politik dan pentadbiran adalah berbeza… jadi, kami tunggulah sekiranya ada permohonan peletakan jawatan atau penarikan diri sebagai ahli majlis, kami akan lihat dan pertimbangkan,” katanya, lapor Bernama.

Pada Selasa, Ketua DAP Melaka, Khoo Poay Tiong, mengumumkan ahli DAP yang dilantik menganggotai badan kerajaan negeri, termasuk sebagai ahli majlis tempatan, akan meletakkan jawatan secara berperingkat selepas DUN meluluskan pindaan yang membenarkan pelantikan Adun dilantik.

Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh berkata Adun akan dilantik itu pelengkap kepada komposisi sedia ada, bagi membawa masuk kepakaran, pengalaman dan pandangan daripada bidang-bidang diperlukan.

Khoo bagaimanapun berkata mereka tidak seharusnya dilantik sebagai Adun yang mempunyai kuasa untuk bersidang dan mengundi dalam DUN.

Ahli majlis DAP dalam MBMB adalah Tan Chin Gwan and Lui Poh Siong.
 
dia boleh org lain x boleh
 
Back
Top
Log in Register