ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
BERA - Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM12.5 juta bantuan elaun sara hidup kepada 2,425 nelayan darat di seluruh negara mulai tahun ini, dan seramai 699 nelayan di negeri Pahang layak menerimanya.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, elaun sara hidup yang diberikan sebanyak RM200 sebulan, tetapi bagi pemberian pertama ini, mereka akan menerima tunggakan berjumlah RM1,200 bermula dari Januari hingga Jun 2015.
Menurutnya, bagi bayaran seterusnya akan diberikan setiap bulan, bagi membantu mengurangkan bebanan yang ditanggung para nelayan terutamanya bagi mereka yang tidak memperoleh pendapatan pada bulan itu.
"Golongan nelayan ini wajar dibantu kerana sumber perairan darat di seluruh negara berpotensi untuk dimajukan berikutan jumlah ikan air tawar sentiasa meningkat dari tahun ke tahun apabila sebanyak 5,640.43 tan metrik ikan air tawar berjaya didaratkan pada tahun 2013 berbanding 5,041.90 tan metrik pada tahun sebelumnya.
"Antara ikan air tawar mendapat permintaan tinggi di pasaran ialah ikah kelah; tengas; temoleh; ketutu; jelawat; patin; tengalan; kelabau, Sebarau; dan udang galah," katanya pada Majlis Penyerahan Elaun Sara Hidup Nelayan darat dan Bantuan Bencana Banjir Penternak Akuakultur, di Dewan Majlis Daerah Bera (MDB) Padang Luas, semalam.
Antara yang turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mohd Arif Ab Rahman dan Ketua Pengarah Perikanan Malaysia, Datuk Ismail Abu Hassan.
Ismail Sabri berkata, setiap penerima elaun sara hidup ini, nelayan diminta mengemukakan data-data pendaratan perikanan ikan air tawar setiap bulan sebelum elaun ini diberikan pada bulan seterusnya supaya data perikanan ikan dari perairan darat akan dapat dipertingkatkan.
Sementara itu, seramai 1,655 orang penternak akuakultur terutamanya di negeri Pantai Timur Semenanjung turut menerima bantuan bencana banjir berjumlah RM8.3 juta yang merangkumi bantuan wang tunai, benih ikan, makanan ikan dan kos baik pulih sangkar.
Menurut Ismail Sabri, daripada jumlah itu, seramai 907 orang penternak ikan di sepanjang Sungai Pahang tidak ketinggalan menerima bantuan tersebut sebanyak RM3.96 juta.
"Setelah dinilai, jumlah kerugian penternak ikan di seluruh Malaysia dianggarkan sebanyak RM43 juta, dan di Pahang sahaja, mereka menanggung kerugian sehingga RM27.4 juta.
"Dengan bantuan ini, saya percaya, semua penternak ikan mampu memulihkan semula perusahaan mereka dan kembali mempertingkatkan jumlah pengeluaran ikan air tawar untuk memenuhi permintaan pasaran," katanya.