BTC USD 86,135.0 Gold USD 4,331.28
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jambatan Darat Thailand mampu gugat Malaysia

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,810
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,810
Reaction score
98
Points
80

Jambatan Darat Thailand mampu gugat Malaysia​

3531534.webp

Projek berkenaan dilihat sebagai alternatif kepada laluan perdagangan Selat Melaka dengan menawarkan pemindahan kontena merentasi daratan Thailand menerusi pelabuhan, lebuh raya dan rangkaian kereta api.

CADANGAN projek mega Jambatan Darat Thailand yang menghubungkan Teluk Thailand dan Laut Andaman kembali menjadi perhatian serantau apabila Bangkok mempercepat kajian pelaksanaan projek bernilai hampir satu trilion baht itu.

Projek berkenaan dilihat sebagai alternatif kepada laluan perdagangan Selat Melaka dengan menawarkan pemindahan kontena merentasi daratan Thailand menerusi pelabuhan, lebuh raya dan rangkaian kereta api.

Namun, persoalan utama kini ialah sama ada projek tersebut benar-benar mampu menggugat dominasi Malaysia dan Singapura sebagai hab maritim utama Asia Tenggara.

Secara strategik, Thailand mempunyai kelebihan geografi kerana kedudukannya mampu memendekkan masa perjalanan kapal antara Lautan Hindi dan Laut China Selatan tanpa perlu melalui Selat Melaka yang sering sesak.

Bangkok juga dilihat mahu meniru kejayaan model logistik seperti Terusan Panama dan Terusan Suez dalam bentuk pengangkutan darat moden.

Dari sudut geopolitik pula, projek itu berpotensi menarik minat China yang mahu mengurangkan kebergantungan kepada Selat Melaka, laluan perdagangan yang sering dianggap titik kelemahan strategik Beijing sekiranya berlaku konflik serantau.

Namun begitu, ia dijangka tidak berupaya menggugat Malaysia dan Singapura.

Singapura ketika ini masih merupakan hab pelabuhan paling cekap dan moden di dunia dengan kapasiti pengendalian antara 46 hingga 50 juta unit bersamaan dua puluh kaki (TEU) setahun.

Negara bandar itu juga sedang mempercepat pembangunan Pelabuhan Tuas yang dijangka meningkatkan kapasiti kepada 65 juta TEU menjelang 2040.

ECRL

Malaysia pula terus mengukuhkan kedudukannya menerusi perluasan Pelabuhan Klang dan pembangunan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang bakal menghubungkan pantai timur dan barat Semenanjung secara lebih efisien.

Kelebihan utama Malaysia dan Singapura bukan sekadar infrastruktur pelabuhan, tetapi keseluruhan ekosistem logistik yang sudah matang melibatkan kewangan, insurans maritim, pusat pengedaran, penyimpanan kargo, tenaga kerja mahir serta jaringan perdagangan antarabangsa yang stabil.

Thailand pula masih perlu membuktikan bahawa projek Jambatan Darat mampu menawarkan kos operasi lebih murah dan masa penghantaran lebih pantas berbanding laluan sedia ada.

Cabaran terbesar projek itu ialah soal permintaan sebenar pasaran. Pakar ekonomi memberi amaran bahawa rantau Asia Tenggara mungkin berdepan lebihan kapasiti pelabuhan menjelang 2040 apabila Singapura dan Malaysia turut memperluaskan operasi masing-masing secara agresif.

Selain itu, pemindahan kontena dari satu pelabuhan ke pelabuhan lain melalui darat memerlukan kecekapan logistik yang sangat tinggi.

Alam sekitar

Sebarang kelewatan pada sistem kereta api atau jalan raya boleh menyebabkan kos meningkat dan menjejaskan keyakinan syarikat perkapalan global.

Aspek alam sekitar turut menjadi halangan besar kerana kawasan projek di Ranong melibatkan hutan bakau, kawasan biodiversiti sensitif dan komuniti nelayan tradisional yang dijangka menerima kesan langsung.

Dari sudut kewangan pula, projek mega itu memerlukan puluhan tahun untuk mencapai pulangan modal. Sekiranya jumlah pengguna tidak mencapai sasaran, Bangkok berisiko menanggung beban hutang dan kos penyelenggaraan tinggi.

Secara keseluruhannya, projek Jambatan Darat Thailand berpotensi menjadi laluan perdagangan alternatif penting di Asia Tenggara, namun masih terlalu awal untuk ia memberi kesan kepada dominasi Malaysia dan Singapura secara menyeluruh.

 
baik kita buat dulu...buat senyap2 tau2 dah siap...antara kelantan ke perlis/kedah....malaysia lagi maju kalau nak buat sesuatu lg terancang
 
nampak dlm gbr mcm dia nak buat kat belah bangkok sana taknak dia buat kat belah selatan yg ramai org islam...nampak ke idok?
 
kalau jadi ni laluan jadi makin pendek save cost shipment.
 
Singapore pun kolos camni
 
takes time n jauh lg perjalanan ni....Singapore pro US... so akan ada backup US... Thai maybe akan dpt backup China... so akan ada cubaan utk ganggu project ni utk kepentingan singapore... just my 2kupang
 
lama dah benda ni tp x buat2 pun lg..tp kalu kita pun ada kelebihan mcm ni baik buat je,untung kt negara sendiri jgk.
 
Malaysia kenabuat lagi advance, kena buat Drone Cargo guna laluan udara :D
 
Boleh buat.. cuma takut rugi...

kalau nk jadikan keretapi angkut kontena atas darat, berapa kemampuan nk buat untuk sehari?... takut collapse sistem, keretapi rosak....masalah laluan.. silap2 hilang terus keyakinan pedagang... lingkup...
 
Back
Top
Log in Register