ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
HILMI YAHYA
SERDANG 19 Ogos - Lebih 2,000 lelaki di Malaysia disahkan menghidap kanser paru-paru setiap tahun, menjadikan penyakit itu sebagai ‘musuh’ utama kaum lelaki di negara ini, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. Hilmi Yahya.
Beliau berkata, selepas kanser paru-paru, dua lagi penyakit barah yang sering menyerang kaum lelaki adalah kanser usus serta kanser hidung dan tekak.
“Bagi wanita pula, kanser nombor satu ialah kanser payu dara diikuti kanser pangkal rahim dan kanser paru-paru,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan perhimpunan Persatuan Bronkologi dan Intervensi Pulmonologi Malaysia (MABIP) di Hospital Serdang di sini, hari ini.
Hilmi berkata, kebimbangan terhadap risiko jangkitan paru-paru tidak boleh lagi dikaitkan dengan gaya hidup termasuk tabiat merokok semata-mata, tetapi turut dipengaruhi oleh keadaan persekitaran.
Sementara itu, Pengerusi MABIP, Dr. Jamalul Azizi Abdul Rahaman berkata, pesakit paru-paru termasuk mereka yang menghidap asma akut tidak lagi perlu mendapatkan rawatan di luar negara, sebaliknya prosedur berkenaan boleh dilakukan di Malaysia.
Beliau berkata, rawatan penyakit itu kini disediakan di Hospital Serdang dan potensi sembuh bagi setiap pesakit adalah pada tahap 80 peratus.
Menerusi penggunaan teknologi terkini, setiap prosedur yang dijalankan oleh pakar perubatan paru-paru dapat mengurangkan risiko serta komplikasi kepada pesakit kerana tidak melibatkan pembedahan besar, katanya.
Mengenai kos rawatan, Jamalul Azizi yang juga pakar perunding respiratori Hospital Serdang berkata, bayaran prosedur itu adalah kira-kira RM27,000.
“Setiap pesakit perlu membeli tiga tiub khas untuk prosedur termoplasti iaitu ‘heat treatment’ dengan setiap tiub berharga RM9,000. Walaupun agak mahal, tetapi ia kos efektif,” katanya.
Menurutnya, sejak MABIP didaftarkan pada 2013 dan berpusat di Hospital Serdang, pihaknya telah merawat 11 pesakit dan kesemuanya dilapor telah sembuh. – BERNAMA