TT
CG Super Hardcore Club

- Messages
- 166,601
- Joined
- Jan 13, 2009
- Messages
- 166,601
- Reaction score
- 22,873
- Points
- 1,831
KUALA LUMPUR 6 Nov. – 1Malaysia Development Bhd (1MDB) mencatatkan kerugian sebanyak RM665.36 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2014, berpunca daripada kos pembiayaan yang lebih tinggi berjumlah RM2.4 bilion berbanding RM1.6 bilion pada tahun sebelum ini.
Ini merupakan sebahagian daripada strateginya untuk mengembangkan pangkalan aset yang kini meningkat kepada RM51.41 bilion, berbanding RM44.66 bilion pada tempoh yang sama tahun sebelumnya dengan pertumbuhan pinjaman daripada RM36.2 bilion kepada RM41.9 bilion.
Jumlah perolehan pula meningkat 64 peratus daripada RM2.6 bilion kepada RM4.3 bilion, yang membuktikan kualiti portfolio bagi aset yang sedang dibina dan pengukuhan penjanaan perolehan.
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Mohd. Hazem Abd. Rahman berkata, pihak mengekalkan fokus untuk mengembangkan asas aset dan kapasiti pelaburan.
“Ini dipacu oleh perbelanjaan modal yang tinggi dalam jangka pendek, yang telah mengakibatkan kerugian yang dijangka pada tahun kewangan ini disebabkan oleh peningkatan dalam pinjaman.
“Walau bagaimanapun kami yakin bahawa aset-aset berkualiti tinggi dan projek yang telah diperoleh akan memacu perniagaan kami ke hadapan serta memastikan pertumbuhan dalam jangka masa panjang,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Menurutnya, aset berkualiti tinggi tersebut disokong oleh wang tunai yang kukuh dan simpanan yang sepadan berjumlah RM16.7 bilion, dengan kedudukan perniagaan yang baik untuk membiayai perbelanjaan modal yang besar selama 12 hingga 24 bulan akan datang.
Bidang-bidang utama yang diberi fokus bagi perbelanjaan modal pada tahun kewangan akan datang termasuk projek yang diperoleh dalam bahagian tenaga dan pembangunan yang berterusan bagi TRX, daerah kewangan yang berdedikasi pertama di Kuala Lumpur, dalam bahagian hartanah kumpulan itu.
Sejak akhir tahun kewangan pada Mac 2014, 1MDB telah menebus sejumlah lebih RM4 bilion daripada pelaburan dalam Syarikat Portfolio Berasingan didaftarkan di Cayman Islands, dengan bakinya dijangka akan ditebus sepenuhnya pada bulan November 2014.
Dividen sebanyak RM435 juta daripada pelaburan ini, juga telah diterima selepas akhir tahun kewangan Mac 2014 dan akan diambil kira dalam tahun kewangan akan datang yang berakhir Mac 2015.
- See more at: http://www.utusan.com.my/bisnes/korporat/1mdb-catat-kerugian-rm665-36j-1.21594#sthash.7ohgYeHU.dpuf