BTC USD 64,283.2 Gold USD 4,481.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

1Malaysia bukan retorik

Luqmanul Hakim

CG Top Poster Club
gem
Messages
23,318
Joined
Mar 17, 2010
Messages
23,318
Reaction score
4,848
Points
196
1Malaysia bukan retorik


HULU LANGAT: Datuk Seri Najib Razak tidak mahu gagasan 1Malaysia tinggal sebagai slogan atau retorik politik semata-mata, sebaliknya mahu ia diterjemahkan kepada sesuatu yang boleh dikecapi dan dinikmati rakyat.

Perdana Menteri berkata, dalam merealisasikan usaha itu, lebih banyak perkhidmatan dan produk bersandarkan 1Malaysia perlu diperkenalkan bagi membantu meringan beban kehidupan dihadapi rakyat pada masa kini.


“Apabila diperkenalkan perkhidmatan dan produk 1Malaysia, senarainya tiada ‘noktah’, cuma ada ‘koma’... tiada akhir. Namun, kita tidak sewenang-wenangnya membenarkan ‘branding’ (jenama) 1Malaysia ini digunakan.

“Ramai yang memohon, ada yang saya setuju, ada saya tidak setuju. “Yang penting, perkhidmatan dan produk 1Malaysia mampu membantu rakyat,” katanya ketika berucap merasmikan Kedai Kain Rakyat 1 Malaysia (KKR1M) di sini, semalam.


Turut hadir pada perasmian kedai itu di No 1, Jalan Lagenda Suria, Taman Lagenda Suria, di sini, ialah Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Noh Omar.


Pada 8 Julai lalu, ketika berucap di program Janji Ditepati di Bandar Baru Bangi, Najib mengumumkan penubuhan kedai itu sebagai satu daripada inisiatif kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam membantu meringankan beban rakyat.

Najib turut meluangkan 20 minit untuk meninjau premis berkenaan sambil beramah mesra dengan pelanggan. — Bernama





sumber : http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/1Malaysiabukanretorik/Article/artikelMA
 
ckp la apapun wahai najib
wlu gunung akan runtuh sekalipun

rakyat sudah muak dgn segala tipu muslihat anda..
 
Kedai Kain Rakyat 1Malaysia pun ade??
baru aku tau...
tapi sume kedai2 1Malaysia ni, xde pun kat Tganu ni..
penah tanya KPDN ari tu, kate permohonan dah penuh..
mana kedainya??
 
Back
Top
Log in Register