Dagu terbelah, otak bersepai, remaja perempuan putus kepala 'superbike' terbabas langgar pokok di Miri
SEORANG remaja perempuan maut selepas motosikal berkuasa tinggi yang ditunggangnya dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas di Jalan Marina, Miri, Sarawak pada awal pagi Selasa.
Mangsa, 19, dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah.
Dalam kejadian sekitar pukul 12 tengah malam itu, difahamkan, motosikal mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar beberapa batang pokok di bahu jalan.
Impak daripada kemalangan itu, mangsa dikatakan telah terpelanting manakala motosikalnya terbelah dua.
Dalam kejadian itu, kepala mangsa juga terputus dua dan beberapa organ dalaman turut terkeluar.
Setakat ini, mayat mangsa dilaporkan sudah dibawa ke hospital untuk tindakan lanjut. — Majoriti