Salam semua,
aku rasa bukan korang yg beli kat aku jer yang tertipu tapi aku pun tertipu. nie masuk 2 supplier buat kat aku macam nie. ni aku nak ceritakan kisah dia,
bila ada sorang complain aku boleh sabar gak tapi bila dah masuk beberapa orang so aku ambil keputusan nak soal siasat supplier nie. so aku cakap baik baik kat dia and tanya pasal brg nie. aku tanya "bro brg nie ori ke tak?" dia dengan selamba cakap kat aku ORI!!! so aku bagi tau lagi kat dia, Kalu ori tak kan customer aku complain bukan satu tapi ramai, Dia cakap lagi, you punya customer tak kan tak tau ori ke tak. adui, aku dan naik berasap sebab dia cakap macam tak ada perasaan dan dengan selamba
aku cakap lagi baik baik kat supplier tu sebab yang jadi mangsa bukan dia tapi aku, bila aku nampak dia macam tak mengaku aku dah mula hilang sabar polo black yang aku beli dr dia aku keluarkan lepas tu aku lepas geram kat mamat tu aku baling kat lantai dia sampai pecah dan start dari tu aku mula naikkan suarakan. masa tu kawan aku ada kat sebelah tengah pegang tangan aku. badan aku dah mengeletar untuk tahan sabar. bila dia nampak keadaan aku macam tu dia pun dah naik panik dan aku pun tak tahu macam mana tiba tiba datang guard yang ada kat kawasan situ so guard tu mintak aku keluar dan disebabkan tak mahu cerita jadi panjang so aku belah. stock kat tangan aku masih ada 5 botol lagi tak termasuk yang pecah tu. aku ada mintak balik duit aku dan nak pulangkan balik barang dia tapi dia tak mahu nak ambil. aku menyumpah kat dia dan juga diri aku sendiri diatas pekara ini dan aku rasa bersalah sungguh kat you all semua sebab berasa tertipu. bukan niat aku nak tipu tapi aku telah ditipu hidup hidup. memang aku ada buat immitation sebelum ini dan brg yang supplier jual nie memang berbeza sungguh ngan aku punya yang dulu. so itu lah yang membuatkan aku tertaksub dan menjerat kehidupan aku hingga hari ini.
aku tak boleh nak buat apa lagi, melainkan menerima apa yang bekas bekas custoner aku nak cakap. bukan you all saja yang tertipu tapi aku juga tertipu hidup hidup.
aku tak dapat nak cakap apa apa lagi cuma ingin meminta maaf diatas kelemahan dan ketewasan aku dalam menilai. aku harap ia menjadi pengajaran kepada aku dan sememangnyer jika ada yang menawarkan harga murah untuk barang yang dikatakan ORI, aku akan lebih berhati hati.
aku sekali lagi ingin meminta maaf diatas apa yang telah terjadi kerana aku sendiri tidak tahu akan menjadi sebegini.