BTC USD 60,548.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

17 Bahaya Lidah...!!!

timur & barat

Super Active Member
gem
Messages
9,416
Joined
Jan 8, 2010
Messages
9,416
Reaction score
908
Points
116
Hari ni kat tempat kerja aku ada pertengkaran dan pergaduhan...semua berpunca dari lidah..sehingga melibatkan ramai lagi...#:-S, tp dkalangan staff perempuan jela...jadi aku tgerak utk kongsi disini semoga manfaat utk kita semua...:)cgrock

MUHASABAH DIRI SENDIRI..

1. Kita akan terdorong untuk bercakap perkara yang tidak berfaedah.

2. Kita akan suka berlebih-lebihan ketika bercakap dan berkata-kata.

3. Adakalanya kita bercakap perkara yang tidak benar, berbohong sedikit.

4. Lidah menjadi penyebab akan berlaku pertengkaran.

5. Satu perkataan dari lidah kita boleh menyebabkan permusuhan dari kata-kata pedas yang tidak disengajakan

6. Kita akan suka bermanis mulut untuk menunjuk-nunjuk.

7. Mengeluarkan bahasa kesat (memaki hamun).

8. Gemar menyumpah-nyumpah (melaknat orang yang seagama dan sebangsa).

9. Bernyanyi lagu yang melalaikan kita dari melakukan ibadah.

10. Terlalu banyak bergurau dan bersenda.

11. Suka menghina orang lain.

12. Menyebarkan rahsia.

13. Berjanji lalu mendustai janji itu.

14. Akan mengumpat walaupun perkara remeh apalagi perkara berat.

15. Mengadu-ngadu pada orang lain hingga terjadi perang dingin.

16. Menjadi talam dua muka, menabur fitnah yang berbeza-beza pada orang berbeza.

17. Memuji yang melampau-lampau.

Anda sudah tahu 17 bahaya yang mungkin berlaku apabila kita tidak mengawal kata-kata dan tidak menjaga setiap satu perkataan yang kita selalu ucapkan.

Salah satu sebab mengapa ramai orang ditimpa masalah adalah kerana dari lidah mereka.

Kerana lidah, badan binasa. Kesannya, hidup kita binasa dan kemurkaan Allah turun kepada kita kerana kita menyakiti orang lain melalui lidah.

Kerana lidah yang selalu memaki-maki, menyumpah seranah, mentertawakan seseorang dan mengumpat-umpat, ramai di antara kita di timpa dengan masalah yang tak berkesudahan.

Masalah itu menjadi balasan Allah atas perbuatan kita kerana kita tidak menjaga lidah. Kita mungkin pernah mengumpat, memaki atau memarahi seseorang dengan teruk sekali. Kita tak pernah fikir balasan atas kata-kata kita itu.

Jika hidup Anda selalu bermasalah, inilah masanya Anda check lidah Anda dan perangai Anda.
Semoga Kehidupan kita akan lebih bahagia nanti..:D
 
Aku masa umuq 11 tahun dah tau bahaya lidah...pasai tu aku bnyak dok senyap..tapi member ramai walaupun aku senyap...
 
Aku masa umuq 11 tahun dah tau bahaya lidah...pasai tu aku bnyak dok senyap..tapi member ramai walaupun aku senyap...

Nampaknya ada tips yg boley dkongsi..rmi member wlupun senyap...mnarik ni..:D
 
lidah tak bertulang
 
Salaam.

Dek kerana lidah juga, sahabat sanggup membunuh.

Syukur sebab aku ni jenis pendiam.
Mungkin kat forum2 jer kot cam banyak cakap.

Tak banyak kawan, jadi kurang bersembang etc.

Dan aku pun jenis tak suka gaduh2.

Dah tua kot :D

Pergi kerja, fokus pada kerja.
Habis kerja, balik rumah.

Time lunch gi sorang2 jer buat hal sendiri.
Tak makan pun sebenarnya, siap2 nak solat Zuhur; tu pasal suka sorang2.
 
Last edited:

Sygnya aku jenis ramah,rmi kawan..byk bckp dan sembang...
klu berbincang kat luar slu mng..tp dlm CG slu klh..psl kat CG ni sumer terer cri link...:p
jd boleh dramalkan byk krosakan dan dosaku...:p:">
 
Aku masa umuq 11 tahun dah tau bahaya lidah...pasai tu aku bnyak dok senyap..tapi member ramai walaupun aku senyap...

Member online mmg le...mana kuar suara..:))
 
lebih baik berdiam je :) masalah mulut ni memang selalu jadi kat tempat keje.. sebab tu sebelum g keje aku memang mah siap2 pasang niat aku g ni nak g keje, buat keje.. bukan buat benda lain. alhamdulilah keje aku ok & aku hepy nak buat keje.. :)
 
NI yg slu dlupakan..kdg2 kat ofis tu dah mcm main radio buruk lak..tmpt keje utk keja...:)cgrock
 
Back
Top
Log in Register