BTC USD 62,356.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

162 PATI ditangkap dalam Ops Sepadu

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg

Cubaan bersembunyi di dalam belukar pendatang asing tanpa izin dapat dikesan oleh anggota penguat kuasa Imigresen Kedah dalam operasi dilancarkan awal pagi semalam di Sungai Petani, Kedah. BERNAMA​

SUNGAI PETANI 31 Julai - Taktik bersembunyi di dalam semak dengan lalang setinggi lelaki dewasa tidak mampu membantu lebih 150 warga asing untuk meloloskan diri daripada diberkas Jabatan Imigresen yang menjalankan Ops Sepadu di tapak pembinaan sekitar Bandar Puteri Jaya, dekat sini awal pagi ini.

Dalam operasi yang dijalankan bermula 1.15 pagi itu, 162 pendatang asing tanpa izin (PATI) terdiri daripada warga Indonesia, Bangladesh, Myanmar dan Nepal ditahan ketika rata-rata mereka sedang nyenyak tidur.

Menurut Pengarah Imigresen Negeri, Mohamad Yusri Hashim, seramai 200 warga asing diperiksa dalam operasi tersebut yang disertai seramai 40 pegawai imigresen, 18 anggota Jabatan Sukarelawan Rakyat (RELA) dan empat pegawai Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP).

“Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun warga Myanmar turut ditahan bersama ibunya. Majoriti yang ditahan adalah lelaki warga Nepal berjumlah 74 orang diikuti 52 lelaki Myanmar.

“Antara kesalahan dilakukan adalah dokumen perjalanan tamat tempoh yang akan disiasat mengikut Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63(Pind.2002) serta tidak memiliki dokumen perjalanan sah di bawah Seksyen 6(1)(c) akta sama,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Selain kanak-kanak berusia dua tahun itu, kesemua PATI tersebut berumur di antara 16 hingga 61 tahun.

Kesemua mereka ditahan di lokap Imigresen di Bangunan Kementerian Dalam Negeri, Anak Bukit untuk siasatan sebelum dihantar ke Depot Tahanan Imigresen Belantek, Sik.
 
Back
Top
Log in Register