Tinggal sepuluh hari lagi tetapi Anwar Ibrahim menyatakan keyakinanya untuk menumbangkan kerajaan pada 16 September akan menjadi kenyataan.
Beliau yakin akan mendapat sokongan sekurang-kurangnya 30 Ahli Parlimen dari Barisan Nasional – jumlah yang diperlukan untuk menumbangkan kerajaan Abdullah Ahmad Badawi.
Bercakap kepada pemberita selepas satu mesyuarat dengan sekumpulan ahli pemikir diJakarta, beliau memberitahu terdapat respons yang positif dikalangan Ahli Parlimen. “Kita melihat beberapa perkembangan positif tetapi kita juga telah melihat beberapa tindakan terdesak yang dibuat oleh kerajaan , ancaman dan penggunaan institusi kerajaan untuk menghalang mereka.”
Kerajaan Malaysia telah memaksa Ahli-ahli Parlimen untuk mengikuti satu lawatan keluar negara untuk menghalang Anwar daripada mengambil alih pada 16 September.
Mungkin kita terpaksa melakukannya pada 17 September. Kata Anwar.
Ditanya adakah beliau datang keJakarta untuk menemui mereka yang akan melompat menyertainya, Anwar berkata, “Saya tak mahu komen mengenai hal itu tetapi saya katakan lawatan ini amat baik.”