BTC USD 63,759.0 Gold USD 4,329.96
Time now: Jun 1, 12:00 AM

16 militan maut serangan drone

Viere

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,579
Joined
Aug 8, 2008
Messages
26,579
Reaction score
179
Points
123
WAZIRISTAN, Pakistan 16 Nov. - Sebanyak 16 orang dipercayai anggota militan maut selepas pesawat tanpa juruterbang (drone) Amerika Syarikat (AS) melancarkan empat peluru berpandu terhadap dua kawasan di barat laut Pakistan berdekatan sempadan Afghanistan, kata pegawai perisikan Pakistan hari ini.

Pegawai yang enggan namanya disiarkan itu berkata, serangan tersebut dilancarkan di perkampungan Bobar, Waziristan Selatan sebelum tengah malam tadi.

Tidak dapat dipastikan berapa ramai suspek anggota militan terbunuh di setiap kawasan.

Kerajaan AS tidak mengesahkan penggunaan drone di Pakistan tetapi ia sering digunakan untuk menyerang dan membunuh ketua dan pemimpin al-Qaeda serta Taliban.

Pentadbiran Presiden AS, Barack Obama meningkatkan jumlah serangan menggunakan drone di wilayah puak di Pakistan sejak beberapa tahun lalu.

Kebanyakan serangan menyasarkan anggota al-Qaeda atau Taliban yang bertempur dengan tentera AS di Afghanistan.

Satu serangan drone turut membunuh pemimpin Taliban Pakistan, Baitullah Mehsud pada 2009.

Pegawai Pakistan mengkritik serangan drone itu sebagai melanggar kedaulatannya, namun kerajaan negara ini dipercayai menyokong serangan berkenaan. – AGENSI
 
tembak jatuh je drone tu guna rocket launcher..
abeh citer..
 
Back
Top
Log in Register