BTC USD 61,926.1 Gold USD 4,453.08
Time now: Jun 1, 12:00 AM

152 pemaju minat projek Kwasa

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120

image.jpg

Mohd Lotfy Mohd Noh


SEBANYAK 152 pemaju menghantar permohonan dalam proses prakelayakan untuk menyertai pembinaan bandar Kwasa Damansara di Sungai Buloh, Selangor.

Pemaju utama, Kwasa Land Sdn Bhd iaitu anak syarikat milik penuh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja memaklumkan, proses prakelayakan itu adalah untuk mencari pemaju paling berpengalaman dan mempunyai kewangan kukuh untuk membangunkan bandar seluas 943 hektar itu.

"Kami menerima 152 permohonan dan telah menilai kelayakan pemaju berdasarkan tiga kategori ditetapkan.

"Kami gembira pemain industri menunjukkan minat untuk menyertai projek pembangunan mega ini," menurut Pengarah Urusan Kwasa Land Mohd Lotfy Mohd Noh dalam satu kenyataan, semalam.

Menurut beliau, Kwasa Land mencari pemaju hartanah berpengalaman dengan rekod baik dan telah berjaya menyiapkan pembangunan yang mempunyai Nilai Pembangunan Kasar (GDV) tinggi sejak tiga tahun lalu.

Mohd Lotfy berkata, syarikat yang disenarai pendek akan diminta menyerahkan cadangan reka bentuk dan konsep pembangunan mereka berserta bidaan.

"Tanah itu akan dibahagikan kepada beberapa bahagian, dibangunkan mengikut fasa dan dijual kepada pemaju mengikut nisbah keluasan, kepadatan dan komponen pembangunan," katanya.

Tiga kategori pemaju yang ditetapkan adalah Tahap 1, iaitu syarikat besar dengan modal berbayar RM1 bilion dan ke atas, Tahap 2 iaitu syarikat sederhana dengan modal berbayar RM300 juta dan Tahap 3, syarikat Bumiputera dengan modal berbayar RM1 juta ke atas.

Kwasa Land menerima 26 permohonan daripada pemaju Tahap 1, 51 daripada pemaju Tahap 2 dan dan 72 permohonan daripada pemaju Tahap 3 bagi projek itu.

Kwasa Damansara apabila siap dijangka dihuni 150,000 penduduk dengan kemudahan pengangkutan awam seperti MRT yang menghubungkan bandar itu dengan kawasan lain di Lembah Klang.
 
Back
Top
Log in Register