BTC USD 60,659.4 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

15 maut dalam runtuhan dinding

oldtbone

Legendary Member
gem
Messages
17,323
Joined
May 25, 2012
Messages
17,323
Reaction score
3,695
Points
191
photo6104838533278705954_1561789326.jpg

TIGA dipercayai masih terperangkap dalam runtuhan dan operasi menyelamat sedang dijalankan. FOTO Agensi







NEW DELHI: Seramai 15 orang maut selepas dinding setinggi 18.28 meter runtuh menimpa rumah kongsi berhampiran masjid di kawasan Kondhwa di Pune, kata polis hari ini.

India Today yang memetik PTI melaporkan, polis sebelum ini berkata anggaran kematian membabitkan 17 orang.

Rumah kongsi berkenaan dibina untuk buruh yang bekerja di tapak pembinaan berdekatan apabila dinding sebuah pangsapuri tiba-tiba runtuh sekitar 1.45 awal pagi ini akibat hujan lebat melanda kawasan berkenaan, kata seorang pegawai.

Sekurang-kurangnya, tiga orang dipercayai masih terperangkap dalam runtuhan dan operasi menyelamat sedang dijalankan namun jumlah mangsa cedera masih belum dapat disahkan.

Mereka yang maut termasuk sembilan lelaki, seorang wanita dan empat kanak-kanak, menurut laporan awal dari Jabatan Bomba yang turut dibantu Pasukan Bantuan Bencana Kebangsaan (NDRF) untuk operasi menyelamat.

Pemungut Daerah Pune, Naval Kishore Ram berkata: “Tembok berkenaan runtuh disebabkan hujan lebat. Kelalaian syarikat pembinaan dikaitkan dengan insiden berkenaan. Kematian seramai 15 orang bukanlah suatu perkara kecil. Mereka adalah pekerja buruh dari Bihar dan Bengal dan kerajaan akan memberi bantuan kepada ahli keluarga yang terjejas.”








sumber: https://www.hmetro.com.my/global/2019/06/470373/15-maut-dalam-runtuhan-dinding







.
 
Back
Top
Log in Register