BTC USD 62,633.2 Gold USD 1,765.55
Time now: Jun 1, 12:00 AM

dloanman

CG Top Poster Club
Joined
Apr 15, 2012
Messages
25,593
Reaction score
1,953
Points
206
HAZELEN LIANA KAMARUDIN | | 9 September 2020
819569.jpg

Salma (kanan) dan Muhamad berharap teka-teki haiwan liar yang menyebabkan kematian 14 ekor kambing akan terjawab tidak lama lagi.

PASIR MAS - Seorang penternak di Kampung Mesa, Tok Uban di sini 'bingung' selepas 14 ekor kambing miliknya mati secara mengejut.
Kejadian itu disedari Salma Mat Daud, 60, pada jam 11.30 pagi kelmarin ketika mahu membawa kambing peliharaannya pulang ke kandang.
"Sebelum itu kambing-kambing ini saya tambat di kebun yang terletak kira-kira 100 meter dari rumah.

"Ketika mahu mengambil kambing tersebut saya terkejut melihat haiwan peliharaan berada dalam keadaan bergelimpangan," katanya yang lebih 20 tahun berkecimpung dalam bidang ternakan secara kecil-kecilan.

Menurutnya, lebih mengejutkan lagi hasil pemeriksaan yang dilakukan mendapati kambing itu telah digigit di bahagian leher dan punggung.
Katanya, beliau turut menemui kesan tapak kaki milik seekor binatang berhampiran kawasan kejadian.

Salma berkata, bagaimanapun beliau tidak dapat mengenal pasti tapak kaki itu milik haiwan liar sama ada anjing atau harimau bintang.

819570.jpg

Salma menunjukkan sebahagian daripada kambing-kambing miliknya yang mati akibat digigit di leher dan punggung.

"Kawasan ini memang ada anjing liar namun ia tidak pernah mengganggu mana-mana ternakan penduduk sebelum ini.
"Dalam masa yang sama penduduk juga pernah melihat kelibat harimau bintang ketika sedang menoreh," katanya.

Menurutnya, beliau telah menghubungi Jabatan Perlindungan Hidupan Liar Dan Taman Negara (Perhilitan) untuk mendapatkan bantuan.
Katanya, agensi berkenaan sudah mengadakan lawatan di tempat kejadian semalam dan memasang perangkap.

Salma berkata, dengan tindakan itu diharap dapat melindungi 11 ekor lagi kambing miliknya yang terselamat.
"Bukan itu sahaja, saya sudah tidak berani untuk menambat kambing di kebun kerana bimbang kejadian itu akan berulang," katanya.

Sementara itu, wakil penduduk, Muhamad Che Man, 61, berkata, ekoran kejadian itu penduduk yang rata-ratanya penoreh getah diselubungi ketakutan untuk keluar bekerja.
Katanya, beliau berharap langkah segera dapat diambil oleh pihak berkenaan untuk memastikan kawasan tersebut bebas daripada ancaman binatang liar.

"Kami sedia memberikan kerjasama sekiranya bantuan diperlukan untuk menangkap haiwan yang menjadi teka-teki penduduk kampung.
"Sama ada anjing atau pun harimau bintang, ia perlu ditangkap dengan segera demi keselamatan penduduk," katanya.

sumber - https://www.sinarharian.com.my/arti...n/14-ekor-kambing-mati-mengejut-cetus-misteri
 
Sponsored Post

dloanman

CG Top Poster Club
Joined
Apr 15, 2012
Messages
25,593
Reaction score
1,953
Points
206
makan racun agaknya ni

"Menurutnya, lebih mengejutkan lagi hasil pemeriksaan yang dilakukan mendapati kambing itu telah digigit di bahagian leher dan punggung.
Katanya, beliau turut menemui kesan tapak kaki milik seekor binatang berhampiran kawasan kejadian.

Salma berkata, bagaimanapun beliau tidak dapat mengenal pasti tapak kaki itu milik haiwan liar sama ada anjing atau harimau bintang. "
 

nokia3210

Active+ Member
Joined
Sep 6, 2012
Messages
2,624
Reaction score
431
Points
46
mmg species rimau la ni ..rimau panthermoon aktif malam, so maybe rimau bintang atau akar..
makanan dlm utan semakin berkurangan disbbkan penerokaan dan aktiviti pemburuan yg aktif, membuatkan binatang ni masuk kampung..
 

Penbiru

CG Top Poster Club
Joined
Jan 12, 2008
Messages
21,722
Reaction score
2,633
Points
201
mmg species rimau la ni ..rimau panthermoon aktif malam, so maybe rimau bintang atau akar..
makanan dlm utan semakin berkurangan disbbkan penerokaan dan aktiviti pemburuan yg aktif, membuatkan binatang ni masuk kampung..

tapi kenapa dia bunuh gitu ..tak buat makan pulak...
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register