BTC USD 62,489.2 Gold USD 4,466.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

14,000 dapat 'duit raya'

Viere

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,579
Joined
Aug 8, 2008
Messages
26,579
Reaction score
179
Points
123
dn_19.1.jpg

ABDUL Rahim Tamby Chik bergambar bersama penerima sumbangan daripada Persatuan Ibu Tunggal Seri Mastana sempena program Ihya Ramadan 2011 di Masjid Tanah, Melaka, semalam. - AZLI AHAD




ALOR GAJAH 14 Ogos - Kira-kira 14,000 pekebun kecil yang terlibat dalam projek Rancangan Tanam Baru Berkelompok (RTBB) bakal mendapat 'duit raya' menerusi pemberian dividen RM84 juta oleh Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA).

Pengerusi RISDA, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengumumkan secara terperinci pemberian dividen tersebut pada 20 Ogos ini di Pekan, Pahang.

Menurutnya, pemberian dividen itu melibatkan keseluruhan pekebun kecil dalam program RTBB di seluruh negara.

"Pengumuman mengenainya akan dibuat oleh Perdana Menteri pada Sabtu minggu depan," katanya selepas menyampaikan bantuan makanan kepada 100 ibu tunggal di kawasan Masjid Tanah sempena program Ihya Ramadan 2011 di sini hari ini.

Beliau menasihatkan penerima bayaran dividen tersebut agar berjimat cermat dalam membuat persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

"Kita berharap pekebun kecil menggunakan dividen tersebut dengan sebaiknya dan tidak membazir terutama dalam membuat persiapan hari raya," katanya.
 
Back
Top
Log in Register