Viere
CG Top Poster Club

- Messages
- 26,579
- Joined
- Aug 8, 2008
- Messages
- 26,579
- Reaction score
- 179
- Points
- 123
BEIJING 9 Jan. - Beribu-ribu anggota polis di timur China dikerah memburu seorang pembunuh bersiri yang melarikan diri daripada diberkas sejak lapan tahun lalu.
Akhbar Global Times hari ini memetik kenyataan polis bandar Nanjing melaporkan dua buah helikopter dan seramai 13,000 anggota polis dikerah untuk mencari Zeng Kaigui, 42, yang pernah berkhidmat dalam pasukan polis dan mahir mengelak daripada pengawasan.
Suspek itu menembak mati seorang lelaki yang mengeluarkan duit berjumlah 200,000 yuan (RM99,840) dari sebuah bank di bandar Nanjing pada Jumaat lalu.
Polis menawarkan ganjaran sebanyak 100,000 yuan (RM49,920) kepada sesiapa yang memberikan bukti berhubung kes tersebut.
Kaigui turut didakwa melakukan enam lagi kes rompakan bersenjata di dua bandar China lain antara April 2004 hingga Jun 2011 dan menyebabkan enam orang terbunuh dan dua cedera dan kecurian wang berjumlah 280,000 yuan (RM139,777).
Polis menjalankan rondaan di stesen bas, kereta api, dok sungai, kafe Internet dan hotel di bandar raya itu serta mengadakan sekatan jalan di beberapa jalan utama.
"Suspek menembak mangsa di kepala pada pagi Jumaat lalu sebelum melarikan diri bersama wang yang dicurinya," jelas seorang saksi. - AFP